Friday, 6 December 2019

INFO TAMBAHAN MENGENAI B-COMPLEX SHAKLEE

Salam Jumaat,

Mursyida ada terangkan sedikit  pengenalan mengenai B-Complex di link berikut :- http://bit.ly/2FrsEp1. 

Kalini Mursyida nak sambung highlight mengenai tablet B-Complex comel-comel ni. Setiap botol ada 120 biji. banyakkan? Harga pun berbaloi dan berpatutan sebab suplemen Shaklee ni organik, menggunakan bahan natural, tanpa bahan pengawet, tanpa gula tambahan atau perasa tiruan. 

Vitamin B nak dapatkan kena melalui pemakanan dan suplemen. Jadi Shaklee yang telah bertahun-tahun dalam penyelidikan telah menghasilkan B-complex untuk membantu untuk mencukupkan kadar vitamin B dalam tubuh. 

* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Sesiapa yang nak B-Complex Shaklee boleh hubungi Mursyida. WhatsApp 019-4135397 .


Wassalam.


Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397  



SEBAB SETIAP ORANG DEWASA KENA ADA B-COMPLEX SHAKLEE

B-Complex Shaklee. 

Tablet ni dipanggil complex sebab ada beberapa jenis Vitamin B penting untuk fungsi tubuh. 





KENAPA ORANG DEWASA PERLU Vitamin B? 

Simptom kekurangan Vitamin B bagi orang dewasa selalu nya :
- Depresi;
- Murung;
- Insomnia;
- Kurang selera makan;
- Sembelit;
- Masalah lidah;
- Kurang konsentrasi;
- Mudah tersinggung;
- Melemahkan sistem saraf;
- Mengganggu fungsi otak;
- Pembentukan abnormal sel;
- Kurang konsentrasi.



Jadi, B-Complex Shaklee adalah antara cadangan Suplemen terbaik yang boleh Mursyida cadangkan.

Pengalaman Mursyida : pertama kali Mursyida makan vitamin B complex pada tahun 2013. Masa tu ambil bersama Alfalfa dan Vitamin C Sustained Release. Tujuan utamanya untuk kawal resdung. Tambah-tambah pula waktu tu tengah study degree, memang kena ada B-complex untuk bantu lebih relax dan kurangkan stress belajar. Cuba sendiri baru rasa keajaibannya!!!! Alhamdulillah.

Sel-sel badan kita ni perlukan tenaga, dan vitamin B akan bantu untuk tukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga. 

Yang lagi istimewanya, Vitamin B Complex Shaklee pun ada asid folik. 

NAK TAU TAK? Asid folik ni tak mudah diserap. Jadi, Shaklee telah bangunkan teknologi eksklusif berpaten yang bantu sistem penyerapan nutrien yang lebih mudah diserap. 

ISTIMEWAKAN? Sangat istimewa. Bagaimana nak dapatkan B-Complex Shaklee? Boleh terus whatsapp, facebook atau telegram Mursyida di nombor yang tertera di bawah.



Sumber :- laman web Shaklee Malaysia

* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> http://bit.ly/35zamNe . 
.


Tuesday, 3 December 2019

LANDMARK STUDY (Kajian Penting Mengenai Suplemen Makanan)

"Landmark Study" ni apa ya? Sekarang ni kita fefeeling macam masuk kelas sains sat tau. Kaji kertas kerja saintis-saintis bertaraf dunia.
__________________________________________________________________________________

"Landmark Study" adalah kajian penting mengenai suplemen makanan ke atas sekumpulan responden di Amerika Syarikat. Perkara kajian adalah corak penggunaan suplemen, kesihatan dan status pengguna yang ambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang (melalui kajian keratan rentas).

Kajian telah dijalankan oleh beberapa pakar iaitu, Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus dan Mark L Hudes.

Kajian mereka telah diterbitkan dalam Jurnal "Nutrition Journal 2007", 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30.

Jurnal ini telah diterbitkan pada 24 Oktober 2007.


LATAR BELAKANG

Kajian ni menyelidik corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbagai jenis suplemen makanan.

Kajian ini juga membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna suplemen multivitamin/mineral tunggal.  

KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT


Maklumat diperoleh melalui 

1) soal selidik dalam talian;  

2) pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278);

3) data untuk bukan pengguna, dan pengguna suplemen multivitamin/mineral diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994;

4) kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

KEPUTUSAN

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. 

Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. 

Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. 

Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.

p/s: kajian menunjukkan bacaan yang lebih baik untuk kesihatan dengan pengambilan suplemen. 

Ringkasan kajian boleh dilihat dalam rajah di bawah :-  







Sebarang pertanyaan lanjut mengenai B-complex atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> http://bit.ly/35zamNe . 




LATAR BELAKANG SHAKLEE YANG ANDA MESTI TAHU

Shaklee merupakan produk semulajadi (menggunakan bahan-bahan semulajadi) yang telah bermula hampir 60 tahun yang lalu. Shaklee juga adalah produk hasil penemuan Dr. Forrest C. Shaklee dari Amerika Syarikat, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® . 




Hasil kegigihannya untuk menerapkan kehidupan mapan,  telah mencetuskan gerakan yang berterusan sehingga kini demi kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.


Shaklee kini telah menjadi sebuah Syarikat yang mapan dari segala aspek terutamanya produk-produknya yang telah melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa. 

Latar belakang penyelidikan Shaklee

1) Produk-produk Shaklee telah melalui kajian saintifik dan penilaian penyelidikan pihak ketiga. 
2) Kajian klinikal bebas telah dijalankan oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan. 
3) Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

Di Shaklee, ujian telah dijalankan terhadap produk setiap bahan semulajadi baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya. 

Shaklee telahmenjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya. 

Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
 
Falsafah Shaklee 
Shaklee sentiasa memastikan produknya Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.


 SENTIASA SELAMAT
    TIDAK Mengandungi Paraben
    TIDAK Mengandungi Triklosan
    TIDAK Mengandungi Phthalates 

    TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
    TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
    TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
    TIDAK Mengandungi Glikol
    TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
    TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik 

    TIDAK Mengandungi Ammonia
    TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
    TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
    TIDAK Mengandungi Formaldehyde
    TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
    TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
    TIDAK Mengandungi Toulene
    TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
    TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
    TIDAK Mengandungi Pewarna
    TIDAK Mengandungi Lemak Trans
    TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
    TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
    TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

      SENTIASA BERKESAN

      Shaklee menjamin keberkesanan.
        1) Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
        Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga.

        2) 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee.

        3) Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
        Ekpedisi Artik Antarabangsa.

        4) 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
        Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
        Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
        LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
        produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
          SENTIASA MESRA ALAM

          Dr Forrest Shaklee mengasaskan syarikat shaklee pada prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi.
            1) Shaklee Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar. Dr. Forrest Shaklee.

            2) Shakleemempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. 
            3) Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana Shakleetelah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. 

            4) Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

            5) Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
             

            6) Shaklee telah berjaya:
            - Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod.
            - Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan.
            - Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau.

            7) Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
            - 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
            - 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
            - 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
            - 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
            - 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
            daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California.


            Sumber : Laman web Shaklee Malaysia

            p/s : Menarik kan info-info Shaklee ni? Sebabtu Mursyida yakin dengan keberkesanannya dan mahu kongsi kebaikannya kepada anda semua. 

            Boleh hubungi Mursyida untuk ketahui lanjut :- 
            Sesiapa yang nak tanya mengenai Shaklee boleh hubungi Mursyida. WhatsApp 019-4135397.

            Wassalam.



            Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

            atau klik terus link Whatsapp di sini >>> http://bit.ly/35zamNe . 

            Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397 


              Monday, 2 December 2019

              PLANNER TERBAIK 2020

              Assalamualaikum. 

              Kelmarin Mursyida berkesempatan beli sebuah planner tahun 2020 ni. Beli Kat Hasani Sungai Petani.

              Planner tu selalu ada di kedai-kedai buku besar seperti Popular dan Hasani. 

              Tajuk planner tu, "Eksekutif Islam 2020". Terbitan Ar-risalah Product Sdn. Bhd.

               Bagi Mursyida kena ada planner yang berkualiti utk sentiasa buat plan tindakan, on track dan "bermuhasabah". Hehe. Bila peranan semakin bertambah sebagai seorang pengedar Shaklee, guru, tutor, dan isteri Dan anak, memang kena ada planner. 

              Bagi Mursyida planner tahun 2020 terbitan Syarikat ni memang terbaik sebab tinggi kualiti kertasnya dan design dalam pun menarik (penuh warna-warni).

              warna-warni

              Kulit depannya pun dibaluti kulit pvc yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Sekali dengan pakej kalis air. Hehe. Worth it!

              Kulit hadapanPlanner (PVC)

              Harga boleh dapat dalam RM 14.90 sahaja.

              Terdapat 4 warna iaitu hijau, merah, biru, dan hitam. Kalini Mursyida beli warna biru sebab dah ada warna hitam untuk planner 2019. Nak kelainan sikit. Supaya tidak mudah tertukar. 

              Saiznya lebih kurang kertas A4. Besar sikit tapi nipis je. Nipis tapi padat dengan topik-topik yang relevan.

              Apa yang menariknya tentang planner ni? Kenape Tak beli planner biasa je? Apakah kebaikannya?

              1) Ada highlight cuti awam, cuti peristiwa dan ada tarikh Islam. Mudah bagi orang Islam nak rujuk dan plan. 
              Kemas kan design kotak planner bulanan ni?


              2) Ada artikel nasihat Dan tips2 berguna hidup sebagai Muslim. Bagus juga untuk pengisian jiwa kita. "Dok saja" dah boleh dapat "ilmu" dengan membaca. Hehehe. Kiranya 3 dalam 1 planner ni.

              3) Ada jadual padat waktu solat beberapa daerah/bandar-bandar besar di Malaysia. 

              4) Maklumat peribadi dan pasangan.

              5) Semestinya ada ruangan secukupnya untuk isi agenda bulanan kita.

              Antara perkara yang tiada dalam planner ini adalah, cuti sekolah. Jadi, anda kena masukkan sendiri cuti sekolah dalam kotak yang disediakan. 

              Sebenarnya planner terbitan Ar-risalah ni adalah tahun kedua saya beli. Tahun pertama (2019) Saya beli warna hitam. Beza dengan tahun kedua ni adalah dari segi kandungan tips. Material Kertas masih sama. 

              Jadi, apa tunggu lagi, boleh grab reramai jika berminat. hehe.

              Wassalam.


              Friday, 29 November 2019

              MUHASABAH

              Bismillahirrahmanirrahim. 

              "Mulailah perbuatan yang baik dengan Bismillah, agar kebaikan itu sempurna", Hadis riwayat Abu Dawud. 

              Assalamualaikum. Lama betul Mursyida tak tulis sesuatu dalam blog ini. Ada beberapa peristiwa besar yang berlaku dalam hidup Mursyida sepanjang tidak keberadaan dalam dunia blogging ni.

              Antaranya :-

              1) Alhamdulillah, bagi ramai yang tak tahu, tanggal 17 Februari 2018, Mursyida telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan. Semoga perkahwinan ini bahagia dunia akhirat. Doakan ya!!

              2) Mursyida pun dah selamat tamat pengajian master pada November 2018. 

              3) Allah makbulkan impian Mursyida untuk merasai pengalaman menjadi seorang pendidik. Banyak Mursyida kena belajar dan bukannya mudah mendidik satu jiwa. Apapun hadapi kerana Allah dan lakukan dengan penuh minat. Mungkin Ada salah dalam mendidik/mengajar, tapi kena sentiasalah muhasabah (lakukan "post-mortem".

              Dah nak masuk 2020 (kalendar masihi) dan sekarang dah pun menjengah Bulan rabiulakhir 1441H. Masih belum terlambat kita muhasabah setiap perjalanan kita. Konsep muhasabah yang sangat luas konsepnya.

              Ketika muhasabah, apa-apa pun hadapi penuh berserah diri kepada-Nya, sama Ada perkara itu dalam atau luar kawalan hakiki kita. Gitcheww.

              "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya" - Hadis riwayat Bukhari. 

              "Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. ", Surah Luqman (Ayat 22). 

              P/s : touching sket blog kalini. Ibarat jumpa kawan lama. Mengenai post ni, Mursyida bukan baik pun. tapi sebagai peringatan untuk buat kerana Allah.
              hehe

              Sesiapa yang nak tanya mengenai Shaklee boleh hubungi Mursyida. WhatsApp 019-4135397 

              Wassalam.

              Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397  




              Wednesday, 12 July 2017

              PERJALANAN SINGKAT TAPI BERMAKNA - Merbok, Lambah Bujang dan Yan, Negeri Kedah

              Pada Khamis, 6 Julai 2017, saya Dan rakan, farhana Ada lakukan lawatan ke muzium arkeologi lembah bujang, kedah. Muzium ini terletak kira-kira 23 kilometer dari bandar Sungai Petani, Kedah. Lembah Bujang merupakan tapak arkeologi yang paling dikenali di semenanjung Malaysia oleh pengkaji proto sejarah. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya aidilfitri Dan aidiladha, pukul 9 Pagi sehingga 5 petang. Kami tiba di muzium sekitar jam 10.30 Pagi. Untuk pengetahuan semua, masuk adalah PERCUMA. Lembah Bujang suatu ketika dahulu merupakan destinasi perdagangan antarabangsa oleh pedagang-pedagang dari India, Cina Dan Arab. Lembah Bujang juga merupakan destinasi perkembangan agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Kerajaan di Lembah Bujang in wujud sekitar Abad ke-3 hingga ke-15 masihi. Dalam muzium ini, kami disediakan pelbagai maklumat tinggalan warisan protosejarah daripada tinggalan baru-baru bersurat yang mengandungi puisi-puisi lama dalam bahasa Sanskrit, manik, pelbagai jenis tembikar, pelapik tiang candi-candi agama Hindu-Buddha, Dan batu bersurat ibn sirdan. 


              Terdapat 87 tapak tapak arkeologi yang telah dijumpai di Lembah Bujang seperti sungai mas, sungai Batu, bukit pendiat, bukit choras, merbok, bukit Batu pahat Dan di kompleks pencadian pengkalan Bujang. Lebih membuatkan kami teruja, aktiviti ekskavasi masih lagi dijalankan di sungai batu, Dan sungai mas. 


              Selepas selesai lawatan kami di muzium arkeologi lembah bujang, kami rancang untuk berkelah ke air terjun titi hayun di Yan, Kedah. Hati-hati ya jika anda merancang untuk Mandi disini. Kerana dikhuatiri terkena wabak kencing tikus. Ambilllah langkah-langkah keselamatan seperti tidak minum air di situ Dan tidak Mandi jika terdapat Luka di badan. 

              Kami hanya berkelah Dan menghayati Alam ciptaan Allah. Cantik sangat, SubhanAllah. Air di sini masih jernih. Deruan air terjun menghiasi sekitar Kawasan ini. 

              Terima kasih farhana sudi sediakan makanan berkelah yang sangat sedap. Alhamdulillah. 
              Seusai perkelahan kami di air terjun titi Hayun, kami mengambil keputusan untuk solat zohor di masjid berhampiran. Yang membuatkan kami teruja, apabila terjumpa beduk lama ini. Sangat cantik ukirannya Dan masih terpelihara dengan baik. 

              Selepas selesai menunaikan solat zohor, kami berdua teringin cendol, ais kacang Atau air kelapa.  Kebetulan cuaca agak panas. 
              Ada beberapa gerai tepi jalan yang jual cendol pulut, tapi agak Susah untuk kami berhenti, Jadi kami singgah ke pantai murni waterfront yang terletak di sekitar perjalanan balik kami ke sungai petani. Alhamdulillah, kami dapat merasa ketiga-tiga jenis dessert. Tertunai kempunan kami. Hehe. Farhana bungkus air kelapa untuk ibunya berbuka puasa syawal. 

              Selepas bergambar di pantai murni sekitar jam 4 petang, kami singgah sebentar di kompleks sungai merbok. Kompleks ini Ada tanaman hutan paya bakau. 
               Anak Pokok paya bakau yang saya pernah lihat 2 tahun lepas pun dah besar seperti gambar di atas. Teruja sungguh. 

              Kawasan ini pun dah Ada penjaga/guard untuk memantau Kawasan sekitar. 


              Akhir sekali, kami bergambar di sekitar bot2 nelayan di sungai merbok. Alhamdulillah. Kawasan ini masih terpelihara. 
              Medan selera di Kawasan sekitar pun dah buka. 

              Terima kasih farhana, sudi mengembara dengan Mursyida. Hee

              Sekian sahaja perjalanan singkat kami pada Kali ini di sekitar kedah, menghayati Alam semulajadi Dan zaman protosejarah. 


              Wasalam. 

              20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

                Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...