Salam Sejahtera Semua,
Sudah lamakan Syida tak up entri blog terbaharu?
Syida ada saja di sini. Seperti biasa tengah sesuaikan norma baharu dan bekerja dari rumah.
Bekerja dari rumah sangat unik dan istimewa. Banyak juga perkara yang boleh dipelajari dan diterokai.
Peranan sebagai isteri, anak, kakak, guru, dan pengedar Shaklee sah Malaysia.
Yang penting, kita buat kerana Allah dan patuhi arahan semasa terutamanya berkaitan dengan cara pencegahan penularan pandemik Covid-19.
InsyaALLAH.
hehehehe
-----------------------------------------------------------------------------
Minggu ini Syida nak kongsikan aplikasi asas menarik yang anda boleh cuba untuk menyerikan lagi gambar-gambar di sosial media anda. 😊😊😊😊😊😊😊😊😊
-----------------------------------------------------------------------------
Minggu ni Syida banyak teroka asas penggunaan Canva dalam edit gambar dan susun atur gambar Syida sebagai Pengedar Shaklee Malaysia dan page Facebook Empayar Semarak Rimbun.
Syida dapat tahu Canva ni best melalui perkongsian rakan BALKIS Shaklee Syida. Fuh, banyak perkara yang mereka kongsikan dan SANGAT MENARIK! Malah, boleh campur-campur dengan aplikasi lain pulak tu. MasyaAllah Tabarokalla. Terima kasih rakan seperjuangan yang tak lokek berkongsi laman web edit gambar.
----------------------------------------------------------------------------
Berikut merupakan "link" laman web Canva yang anda boleh teroka >>> https://www.canva.com/
SANGAT MENARIK!
Jom sama-sama kita belajar guna.
Sangat MUDAH!
TEMPLATE pun sudah tersedia untuk anda cuba dan teroka.
CONTOH-CONTOH GAMBAR MENGGUNAKAN CANVA
Gambar di bawah adalah contoh-contoh gambar yang Syida edit menggunakan Canva dan nak kongsikan dengan anda dan juga dijadikan sebagai kenangan manis sebab berjaya buat sesuatu aktiviti baharu. hihi
Canva 1 :- ni cover Facebook Syida. Sesuai muat-muat sahaja masuk dalam cover Facebook tu.
Canva 2 :- ini pun Syida guna template cover Facebook dalam page facebook, "Pengedar Shaklee Malaysia Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah, 0194135397", menggunakan template sedia ada dalam Canva tu. Menarik kan?
LOGO? ada caranya, siapa nak tahu lebih lanjut boleh pm Syida.
Canva 3 :- Video animated. Juga meggunakan template sedia ada dan ubah mengikut citarasa Syida. Hehe
Canva 4 :- Contoh "animated video" yang Syida buat menggunakan aplikasi Canva.
Menarik kan?
JOM kita belajar buat sama-sama.
Perkongsian Syida ni hanyalah yang asas sahaja.
Mengapa Syida katakan ASAS?
Sebab kalau nak yang premium, anda kena beli. Asas Canva ni adalah yang PERCUMA.
Tapi bagi Syida, memang agak terkesima sebab template yang MENARIK depa bagi walaupun PERCUMA. (mohon terharu)
Nak lagi menarik, anda boleh upah pereka grafik profesional untuk dapatkan nasihat pakar.
Tapi, bagi mereka yang suka teroka benda baru, BELAJAR CANVA adalah sangat mudah dan senang! Kalau kena dengan taste anda, memang tampak menarik HASILNYA.
Kalau anda nak upah pereka pun tiada masalah.
Lagi bagus dan lagi sesuai untuk dapatan khidmat nasihat mereka yang pakar dan faham struktur organisasi anda, 😊😊😊
hehe.
Pilihan di tangan ANDA.
- Syida Abdul Rahman
Pengedar Shaklee Malaysia
Boleh hubungi Syida dengan menekan link Whatsapp berikut :- wasap.my/0194135397/





