WARNING! THIS ENTRY CONTAINS POSITVE VIBES ONLY!
Bahagia? Ya, semua orang nak kecapi bahagia. Bahagia itu subjektif dan tak sama bagi setiap orang.
Ada sesetengah orang akan jadi “overthink” / berfikir secara melampau tentang kebahagiaan masa depan yang tak pasti itu, dan kadang-kala, boleh menjejaskan perjalanan aktiviti harian kita. Sehingga sanggup mengorbankan momen/masa sekarang dan memberi ruang kepada imaginasi yang bukan-bukan itu.
“Stop acting as if life is a rehearsal. Live this day as if it were your last. The past is over and gone. The future is not guaranteed”, Wayne Dyer. Maksudnya, jalani kehidupan hari ini dengan sebaik-baiknya, seolah-olah hari inilah yang terakhir. Masa lalu sudah hilang dan pergi, masa hadapan adalah tidak pasti.
Ada beberapa perkara yang Mursyida dan anda boleh imbangkan serta fikirkan. Sumber Mursyida ambil daripada aplikasi android “Make Me Better”.
Cara setiap individu mungkin tak sama. Mursyida hanya nak kongsi beberapa sahaja. Harap membantu anda. Positive vibes only!
(1) Mula jalani kehidupan hari ini/sekarang (“present moment”).
- Masa sekarang adalah sangat berharga dan usahlah memusnahkannya dengan fkir secara melampau.
(2) Usah risau tentang perkara masa hadapan yang anda tidak tahu.
- Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Tidak ada siapa pun yang akan tahu melainkan-Nya.
- Ada benda yang kita tak boleh nak kawal dan hanya perlu hadapi dengan relaks sahaja.
- Kerisauan yang melampau boleh menyebabkan anxiety. Jangan main-main! Hehe. Segeralah berjumpa pakar perubatan atau kaunselor terdekat jika ada simptom anxiety. Jangan malu jumpa pakar!
- Mursyida juga ada cadangan suplemen Shaklee B-Complex untuk mengawal emosi dan tenang.
(3) Kekalkan fokus anda pada hari ini/sekarang (“present”).
- Fokus pada masa sekarang adalah sangat penting. Produktiviti akan menurun jika tidak fokus. Tukarkan minda kepada perkara “apa yang akan berlaku” kepada perkara “apa yang sedang berlaku” dan jalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kepuasan.
(4) Yakinkan diri.
- Nilai positif ini sangat penting untuk elakkan tekanan, dapat menilai perkara-perkara yang sedang berlaku dengan lebih baik, serta dapat menjadi inspirasi.
(5) Sentiasalah berdoa dan mengharapkan pertolongan-Nya dan bebaskan minda daripada perkara negatif.
- Sentiasalah letakkan impian anda dalam minda, berjuang untuknya. Letak tepi dahulu segala jangkaan melampau yang menjadikan perjuangan itu buruk dan penuh derita.
(6) Rancang masa hadapan tanpa mengorbankan kebahagiaan harini.
- Anda mungkin boleh mula membuat senarai rancangan kehidupan masa hadapan hanya apabila tak meragut bahagia sekarang. (berfalsafah pula ya Mursyida ni.)
- Suplemen B-Complex adalah sesuai bagi orang yang selalu mengalami tekanan perasaan. Fungsi dan keistimewaan B-Complex Shaklee ada Mursyida terangkan dalam entri lepas.
Itu sahaja tips daripada Mursyida yang boleh dikongsikan. Mungkin anda ada tips yang lebih baik dan menarik? Sila berikan komen dalam ruangan komen di bawah. Komen anda amatlah dihargai.
Sekian.
Mursyida Abdul Rahman



