Showing posts with label keletihan. Show all posts
Showing posts with label keletihan. Show all posts

Tuesday, 4 August 2020

5 INFO AIR UNTUK TUBUH BADAN

AIR sangat penting dalam kehidupan seharian kita.



Tanpa air, kita tidak dapat hidup sempurna sebagai manusia. 

Tamadun-tamadun besar zaman dahulu juga kebanyakannya berpusat di kawasan yang mempunyai sumber yang air yang tidak putus. MasyaAllah.

Terdapat LIMA info penting mengenai air yang Syida nak kongsikan kepada para pembaca.

Sebagai peringatan untuk diri dan perkongsian supaya sentiasa cukupkan minuman harian anda.

Setiap orang memerlukan kuantiti minuman air yang berbeza-beza. Kekurangan air akan menyebabkan beberapa penyakit seperti berisiko untuk merosakan organ. Nauzubillah. 


1) Apa kata Rasulullah S.A.W?

"Anas Bin Malik r.a melaporkan, Rasulullah mengambil nafas di luar bekas air minum dan minum sebanyak tiga kali. Dan baginda berkata, "Hal itu lebih segar, lebih enak, dan lebih nikmat." Anas mengatakan, "Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.


2)"Menurut Pakar Nutrisi dan Kecerdasan, Kevin Zahari, "Kita mungkin boleh hidup tanpa makanan selama sebulan, tapi belum tentu dapat bertahan hidup jika tanpa air kurang dari seminggu". 


3) Menurut Kevin Zahari, warna urin menentukan sama ada badan kita sudah menerima air secukupnya mahupun tidak. Warna urin jernih menandakan badan terhidrasi dengan baik. Warna urin berwarna kuning menandakan kita perlu minum lebih banyak air. 


4) Hikmah air untuk tubuh badan :-

- Memantapkan metabolisme
- Kurangkan risiko sakit jantung dan kanser
- cegah keletihan 
- kurangkan sakit kepala
- seimbangkan suhu badan
- lembutkan kulit


5) Kesan minum air berlebihan 

- tingkatkan isipadu darah dan kerosakan buah pinggang. Sebab buah pinggang perlu kerja lebih keras bagi menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah.

Info dipetik dari buku 200 tips sihat akal, tubuh dan iman hasil tulisan Siti Khadijah Muhammad Radzi. 

Wallahua'lam



20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...