

Assalamualaikum semua, dalam entri ni Syida nak kongsikan tentang bagaimana cara Vivix Shaklee BERTINDAK dalam badan kita.
Jika ada yang belum tahu apa itu Vivix, anda boleh baca entri Syida yang lepas >>>> Apa itu Vivix?
4 CARA VIVIX BERTINDAK
Vivix bertindak dari peringkat sellular.
1. Memperbaiki DNA :-
Vivix Shaklee pertahanan dan memulihkan DNA sel tubuh dengan memperlahankan proses tersebut. Setiap hari, setiap masa dan setiap saatt sel-sel dalam tubuh berganti dan bertukar.
2. Memperbaiki Tenaga
Mitochondria bertindak sebagai penjana tenaga dalam sel kita. Fungsi mitochondria akan menurun dari sehari ke sehari dan akan turunkan tenaga sel.
Sel-sel semula jadi tdak bertenaga untuk lawan penyakit dan lakukan fungsi-fungsi kebiasaan yang lain.
Vivix Shaklee galakkan pembentukan tenaga baru mitochondria dan bantu tingkatkan tahap tenaga dalam sel.
Fungsi otak, kardiovasular, imun dan sendi dapat berfungsi dengan baik.
3. Lambatkan Pembentukan Protein AGE
- Protein AGE (Advance Glycation end products) adalah sejenis benda asing yang terjadi daripada lebihan gula dan protein.
- Protein AGE yang tertimbun secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan sel dan pengaruhi keutuhan sel dan jangka hayatnya.
- Ramuan istimewa dalam Vivix Shaklee berjaya lambatkan pembentukan Protein AGE.
4. Kawalan genetik
Penuaan akan sebabkan merosotnya umur pada sellular.
- Ujian telah dijalankan secara klinikal terhadap Vivix dan dibuktikan bahawa Vivix boleh aktifkan satu kawalan genetik utama yang akan bantu perlahankan penuaan pada tahap sel.
Apa khabar semua? Saya harap semua sihat. Beberapa hari lepas, Group Telegram Amazing August BALKIS adakan kelas perkongsian mengenai jenis kulit dan penyelesaian. Terima kasih Puan Qiqi buat kelas!
Kenapa kita kena kenal jenis kulit kita? Supaya SENANG untuk kita cari penyelesaian.
Apakah punca masalah kulit yang biasa kita dengar dan mungkin antara kita pernah hadapi?
1) Kulit kering
2) Kedutan
3) Jeragat
4) Jerawat
_____________________
Hari-hari kulit kita terdedah kepada UV light UVA. Sinaran matahari UVB, radikal bebas hasil daripada pencemaran (luaran), radikal bebas punca dari tekanan dalaman serta makanan.
Radikal-radikal bebas ini sedikit sebanyak akan menyebabkan munculnya masalah pada kulit.
KESAN TERDEDAH KEPADA UVA :- UVA akan masuk melalui lapisan dermis, rosakkan kolagen elastin kulit, dan menyebabkan kedutan
KESAN TERDEDAH KEPADA UVB :- UVB akan masuk ke epidermis. Kulit ada kesan terbakar, merosakkan melanin kulit dan sebabkan munculnya jeragat.
BAGAIMANA MELINDUNGI KULIT DARIPADA SINARAN UVA DAN UVB? :- dengan melazimkan pemakaian "sunblock" yang ada SPF++ dan makan Vitamin E.
___________________________
RADIKAL BEBAS akibat pencemaran pula akan menyebabkan kulit kusam, manakala radikal bebas daripada tekanan dalaman pula akan kedutkan kulit.
PEMAKANAN yang tidak dikawal dengan baik juga akan sebabkan kesan radang dan jeragat pada kulit.
Pemakanan yang tak terkawal contohnya adalah seperti banyak makan makanan masam, serta manis.
Bahan dalam Youth Complex bantu lindungi kulit daripada kerosakan kulit disebabkan penuaan.
Salam Sejahtera Semua,
Sudah lamakan Syida tak up entri blog terbaharu?
Syida ada saja di sini. Seperti biasa tengah sesuaikan norma baharu dan bekerja dari rumah.
Bekerja dari rumah sangat unik dan istimewa. Banyak juga perkara yang boleh dipelajari dan diterokai.
Peranan sebagai isteri, anak, kakak, guru, dan pengedar Shaklee sah Malaysia.
Yang penting, kita buat kerana Allah dan patuhi arahan semasa terutamanya berkaitan dengan cara pencegahan penularan pandemik Covid-19.
InsyaALLAH.
hehehehe
-----------------------------------------------------------------------------
Minggu ini Syida nak kongsikan aplikasi asas menarik yang anda boleh cuba untuk menyerikan lagi gambar-gambar di sosial media anda. 😊😊😊😊😊😊😊😊😊
-----------------------------------------------------------------------------
Minggu ni Syida banyak teroka asas penggunaan Canva dalam edit gambar dan susun atur gambar Syida sebagai Pengedar Shaklee Malaysia dan page Facebook Empayar Semarak Rimbun.
Syida dapat tahu Canva ni best melalui perkongsian rakan BALKIS Shaklee Syida. Fuh, banyak perkara yang mereka kongsikan dan SANGAT MENARIK! Malah, boleh campur-campur dengan aplikasi lain pulak tu. MasyaAllah Tabarokalla. Terima kasih rakan seperjuangan yang tak lokek berkongsi laman web edit gambar.
----------------------------------------------------------------------------
Berikut merupakan "link" laman web Canva yang anda boleh teroka >>> https://www.canva.com/
SANGAT MENARIK!
Jom sama-sama kita belajar guna.
Sangat MUDAH!
TEMPLATE pun sudah tersedia untuk anda cuba dan teroka.
CONTOH-CONTOH GAMBAR MENGGUNAKAN CANVA
Gambar di bawah adalah contoh-contoh gambar yang Syida edit menggunakan Canva dan nak kongsikan dengan anda dan juga dijadikan sebagai kenangan manis sebab berjaya buat sesuatu aktiviti baharu. hihi
Canva 1 :- ni cover Facebook Syida. Sesuai muat-muat sahaja masuk dalam cover Facebook tu.
Canva 2 :- ini pun Syida guna template cover Facebook dalam page facebook, "Pengedar Shaklee Malaysia Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah, 0194135397", menggunakan template sedia ada dalam Canva tu. Menarik kan?
LOGO? ada caranya, siapa nak tahu lebih lanjut boleh pm Syida.
Canva 3 :- Video animated. Juga meggunakan template sedia ada dan ubah mengikut citarasa Syida. Hehe
Canva 4 :- Contoh "animated video" yang Syida buat menggunakan aplikasi Canva.
Menarik kan?
JOM kita belajar buat sama-sama.
Perkongsian Syida ni hanyalah yang asas sahaja.
Mengapa Syida katakan ASAS?
Sebab kalau nak yang premium, anda kena beli. Asas Canva ni adalah yang PERCUMA.
Tapi bagi Syida, memang agak terkesima sebab template yang MENARIK depa bagi walaupun PERCUMA. (mohon terharu)
Nak lagi menarik, anda boleh upah pereka grafik profesional untuk dapatkan nasihat pakar.
Tapi, bagi mereka yang suka teroka benda baru, BELAJAR CANVA adalah sangat mudah dan senang! Kalau kena dengan taste anda, memang tampak menarik HASILNYA.
Kalau anda nak upah pereka pun tiada masalah.
Lagi bagus dan lagi sesuai untuk dapatan khidmat nasihat mereka yang pakar dan faham struktur organisasi anda, 😊😊😊
hehe.
Pilihan di tangan ANDA.
- Syida Abdul Rahman
Pengedar Shaklee Malaysia
Boleh hubungi Syida dengan menekan link Whatsapp berikut :- wasap.my/0194135397/
Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...