Tuesday, 3 December 2019

LANDMARK STUDY (Kajian Penting Mengenai Suplemen Makanan)

"Landmark Study" ni apa ya? Sekarang ni kita fefeeling macam masuk kelas sains sat tau. Kaji kertas kerja saintis-saintis bertaraf dunia.
__________________________________________________________________________________

"Landmark Study" adalah kajian penting mengenai suplemen makanan ke atas sekumpulan responden di Amerika Syarikat. Perkara kajian adalah corak penggunaan suplemen, kesihatan dan status pengguna yang ambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang (melalui kajian keratan rentas).

Kajian telah dijalankan oleh beberapa pakar iaitu, Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus dan Mark L Hudes.

Kajian mereka telah diterbitkan dalam Jurnal "Nutrition Journal 2007", 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30.

Jurnal ini telah diterbitkan pada 24 Oktober 2007.


LATAR BELAKANG

Kajian ni menyelidik corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbagai jenis suplemen makanan.

Kajian ini juga membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna suplemen multivitamin/mineral tunggal.  

KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT


Maklumat diperoleh melalui 

1) soal selidik dalam talian;  

2) pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278);

3) data untuk bukan pengguna, dan pengguna suplemen multivitamin/mineral diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994;

4) kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

KEPUTUSAN

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. 

Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. 

Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. 

Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.

p/s: kajian menunjukkan bacaan yang lebih baik untuk kesihatan dengan pengambilan suplemen. 

Ringkasan kajian boleh dilihat dalam rajah di bawah :-  







Sebarang pertanyaan lanjut mengenai B-complex atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> http://bit.ly/35zamNe . 




No comments:

Post a Comment

20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...