Assalamualaikum semua. Syida harap anda semua sihat wal a'fiat dan sentiasa dalam lindungan Allah Taala. Kesihatan itu tidak ternilai harganya. Terima kasih Allah kerana masih berikan peluang kepada kami untuk merasai nikmat kesihatan ini.
Kadang-kadang kita alpa, semua dari Allah.
Hari ni Syida nak kongsikan mengenai satu lagi minuman botani kesihatan. Minuman ini diilhamkan oleh Allah Taala dan hasil daripada kajian saintifik oleh saintis antarabangsa.
Mesti ada antara kita tertannya-tanya mengenai Vivix Shaklee kan?
Antara soalan yang kerap kali ditanya ialah :-
(1) APAKAH VIVIX?
J : Minuman istimewa yang mempunyai bahan campuran botani istimewa. Bahan-bahannya :- Anggur Muscadine, Ekstrak Eldeberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.
Anda boleh klik link bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai bahan dalam Vivix Shakle >>>> Bahan
(2) 3 Perbezaan Vivix berbanding minuman botani lain
J : Anggur muscadine adalah sejenis buah tahan lasak dan jarang didapati. Dalam anggur muscadine ada polifenol lengkap, tidak terdapat dalam anggur lain. Asid elagik dan elagitanin dalam anggur muscadine adalah lebih baik apabila digabungkan dengan polifenol, kerana gabungan itu akan menghasilkan antioksidan berkuasa.
Shaklee akan pastikan dan manfaatan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix dengan gunakan paten proses pengekstrakan yang menumpukan dan kekalkan bioaktif polifenol dalam bahannya.
(3) 4 Perbezaan Anggur Muscadine berbanding anggur lain
J: - anggur yang paling jarang ditemui.
- anggur tahan lasak.
- profil polifenol unik yang tawarkan manfaat kesihatan.
-kepekatan asid ellagik dan elagitamin yang tinggi, apabila digabungan dengan polifenol anggur muscadine, hasilkan antioksida berkuasa.
- berkemampuan membiak dalam persekitaran bahaya, profil fenolik berikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti itu.
(4) Apakah yang dimaksudkan dengan polifenol?
J: Sebatian semula jadi yang ditemui dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran yang mempunyai antioksida dan berpotensi berikan perlindungan terhadap penuaan sel.
** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
(5) Manfaat Vivix kepada siapa?
J: Vivix adalah untuk dewasa yang mementingkan penuaan secara sihat dan sejahtera.
Vivix tak disarankan kepada wanita hamil atau menyusui atau sesiapa berumur 18 tahun ke bawah.
(6) Berapa banyak boleh ambil Vivix setiap hari?
J: sehari (1 sudu teh)
(7) Bila perlu makan Vivix?
J: Setiap hari ambil Vivix, diambil dengan hidangan sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan.
(8) Bolehkah ambil lebih daripada 1 sudu sehari?
J: Tak dapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari (berdasarkan penyelidikan terkini).
(9) Ambil Vivix bersama suplemen lain?
J: Boleh.
(10) Adakah langkah berjaga-jaga penggunaan Vivix Shaklee?
J: Shaklee syorkan untuk bincangkan penggunaan Vivix dengan penjaga kesihatan profesional dalam keadaan pengguna tersebut yang berada di bawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit atau yang mengambil preskripsi ubat, terutama ubat cair darah.
(11) Adakah Vivix menandungi alkohol?
J: Vivix tiada alkohol.
(12) Adakah Vivix Halal?
J: Vivix Halal dan diiktiraf oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM).
(13) Adakah Vivix didaftarkan di bawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan)?
J: Tak. Vivix diklasifikasikan sebagai makanan dan diselia oleh Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makan Malaysia (FSQD).
Tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan dan untuk dapatkan Vivix Shaklee :-
Anda digalakkan tekan butang share jika bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang lain juga.







