Assalamualaikum.
Kelmarin Mursyida berkesempatan beli sebuah planner tahun 2020 ni. Beli Kat Hasani Sungai Petani.
Planner tu selalu ada di kedai-kedai buku besar seperti Popular dan Hasani.
Tajuk planner tu, "Eksekutif Islam 2020". Terbitan Ar-risalah Product Sdn. Bhd.
Bagi Mursyida kena ada planner yang berkualiti utk sentiasa buat plan tindakan, on track dan "bermuhasabah". Hehe. Bila peranan semakin bertambah sebagai seorang pengedar Shaklee, guru, tutor, dan isteri Dan anak, memang kena ada planner.
Bagi Mursyida kena ada planner yang berkualiti utk sentiasa buat plan tindakan, on track dan "bermuhasabah". Hehe. Bila peranan semakin bertambah sebagai seorang pengedar Shaklee, guru, tutor, dan isteri Dan anak, memang kena ada planner.
Bagi Mursyida planner tahun 2020 terbitan Syarikat ni memang terbaik sebab tinggi kualiti kertasnya dan design dalam pun menarik (penuh warna-warni).
![]() |
| warna-warni |
Kulit depannya pun dibaluti kulit pvc yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Sekali dengan pakej kalis air. Hehe. Worth it!
Harga boleh dapat dalam RM 14.90 sahaja.
Terdapat 4 warna iaitu hijau, merah, biru, dan hitam. Kalini Mursyida beli warna biru sebab dah ada warna hitam untuk planner 2019. Nak kelainan sikit. Supaya tidak mudah tertukar.
Saiznya lebih kurang kertas A4. Besar sikit tapi nipis je. Nipis tapi padat dengan topik-topik yang relevan.
Apa yang menariknya tentang planner ni? Kenape Tak beli planner biasa je? Apakah kebaikannya?
1) Ada highlight cuti awam, cuti peristiwa dan ada tarikh Islam. Mudah bagi orang Islam nak rujuk dan plan.
2) Ada artikel nasihat Dan tips2 berguna hidup sebagai Muslim. Bagus juga untuk pengisian jiwa kita. "Dok saja" dah boleh dapat "ilmu" dengan membaca. Hehehe. Kiranya 3 dalam 1 planner ni.
3) Ada jadual padat waktu solat beberapa daerah/bandar-bandar besar di Malaysia.
4) Maklumat peribadi dan pasangan.
5) Semestinya ada ruangan secukupnya untuk isi agenda bulanan kita.
Antara perkara yang tiada dalam planner ini adalah, cuti sekolah. Jadi, anda kena masukkan sendiri cuti sekolah dalam kotak yang disediakan.
Sebenarnya planner terbitan Ar-risalah ni adalah tahun kedua saya beli. Tahun pertama (2019) Saya beli warna hitam. Beza dengan tahun kedua ni adalah dari segi kandungan tips. Material Kertas masih sama.
Jadi, apa tunggu lagi, boleh grab reramai jika berminat. hehe.
Wassalam.


