Assalamualaikum w.b.t.
Moga pembaca sekalian baik-baik sahaja.
Entri kali ni Mursyida nak berkongsi mengenai kenapa Mursyida, anda dan insan-insan sekeliling kita perlukan suplemen?
Dalam era globalisasi dan pembangunan ni, kewujudan suplemen amat relevan dengan GAYA HIDUP dan SEKELILING KITA yang semakin berubah.
Berikut merupakan "7 SEBAB KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN?" :-
1) KITA SERING TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN RADIKAL BEBAS.
Apa itu pencemaran?
Maksud pencemaran secara ringkasnya adalah perbuatan mencemarkan atau mengotorkan alam sekeliling (Kamus DBP). Pencemaran akan menyebabkan perubahan dan menjejaskan secara langsung atau tidak langsung kepada fizikal, biologi, yang terdapat di alam sekeliling dan memberi kesan kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan bukan sahaja kepada manusia, malah kepada tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan (Akta Kualiti Alam Sekitar 1974). Pencemaran yang tidak terkawal ini akan menyumbang kepada pembangunan yang tidak mapan dan memberi kesan kepada generasi masa hadapan.
Terdapat beberapa jenis Pencemaran Alam Sekitar. Secara ringkasnya, pencemaran alam sekitar merangkumi/berpunca daripada pencemaran air, udara, tanah, pelupusan sisa buangan, dan perkilangan.
CONTOH YANG PALING KETARA :-
Pencemaran udara kini semakin menjadi-jadi. Pencemaran daripada asap kenderaan masa kini makin tidak terkawal seperti asap daripada kereta, lori, bas sekolah, dan sebagainya. Dalam asap kenderaan mengandungi banyak bahan-bahan kimia yang sangat berbahaya untuk jangka masa panjang dan boleh menyebabkan kanser. Contoh bahan kimia tersebut adalah seperti gas Karbon Monoksida. Gas Karbon Monoksida sangat berbahaya jika dihidu secara berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan berkaitan pernafasan. Rumah Mursyida di Pulau Pinang terletak berdekatan dengan jalan raya utama dan memang menjadi tumpuan kenderaan di jalan utama tersebut dan semestinya menyumbang ke arah pencemaran udara. Bayangkan setiap pagi Mursyida buka pintu rumah, menusuk bau asap-asap kenderaan ke dalam hidung. Dalam paru-paru tak tahulah apa yang terjadi dan oleh sebab itulah, Mursyida amalkan suplemen sebagai ikhtiar.
Pencemaran tanah pula semakin menjadi-jadi. Memandangkan Mursyida berasal dari negeri Kedah, sawah padi agak sinonim dalam kehidupan Mursyida. Sawah padi akan ada sesi sembur racun kan? Sedarlah betapa tanah sudah tercemar dengan racun-racun tersebut yang telah meresap jauh ke dalam tanah? dan seterusnya meresap ke dalam padi? Lepastu Akan masuk melalui pemakanan Kita. Racun-racun padi kebanyakannya dari Negara China.
2) BADAN KITA MEMERLUKAN DOS YANG LEBIH TINGGI BAGI SESETENGAH NUTRIEN DAN HANYA BOLEH DIDAPATI DARIPADA MAKANAN.
Mursyida, anda dan seluruh makhluk bernyawa perlu makan nak melakukan aktiviti-aktiviti seharian dan untuk lebih bertenaga. Tenaga datangnya daripada nutrien yang terdapat dalam makanan. Namun, masih belum mencukupi sebab kalau masak nanti, beberapa peratusan nutrien akan hilang kan? Ditambah pula kalau ambil sayur tapi beberapa helai sahaja. Cukupkah? Lepastu memilih sayur pula ya? Keadaan Ini menyebabkan badan tak cukup vitamin.
3) BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN MUNGKIN TERJEJAS DAN TERCEMAR AKIBAT RACUN SERANGGA ATAU BAHAN KIMIA LAIN.
Zaman sekarang sebab nak cukupkan permintaan tinggi, ada sesetengah syarikat tak kisah dah apa kesan sesuatu bahan untuk tanaman-tanaman mereka kepada pengguna sebelum dipasarkan kepada umum. Buah-buahan dan sayur-sayuran kebanyakannya tercemar dengan racun yang berbahaya dalam jangka masa panjang. Guna racun sebab nak elak serangga perosak tanaman. Tapi kalau jangka masa panjang, nanti badan kita pula yang rosak. Kasihan badan kita.
4) RUTIN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG DAN TIDAK HIRAUKAN DIET.
haaa.. ini satu lagi perkara yang Mursyida nak catat. Merokok dan kurang bersenam jadi salah satu penyumbang. Bersenamlah supaya kita nak beritahu kepada badan bahawa, kita masih memerlukannya lagi. Kasihan badan Kita kalau diabaikan. Macam kereta, kalau tak gerak berbulan-bulan, mampu ke dia gerak lagi? Kecuali kereta mainan. Lagi satu, bersenam ni bagus untuk buang lemaks yang melekat, pengaliran darah pun makin lancar. Dulu Mursyida suka berenang. Tapi sekarang buat mana yang boleh dan sempat seperti berjalan dan naik turun tangga. (asrama ada tangga). Solat pun cara bersenam. Bukan sahaja tubuh sihat, malah emosi juga stabil dengan solat. Solat boleh gantikan yoga tau. Nikmat tak? Bukan sahaja pahala dapat, Badan pun boleh relaks daripada stress dan tanda Kita bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat kesihatan untuk beribadah. Seronok Kan?
Haaa..satu lagi merokok ni memang salah satu budaya orang Malaysia, lepastu merokok tempat awam. Di Jepun kebanyakan tempat ada disediakan tempat khasnya untuk merokok dan jauh daripada orang awam di kawasan Rehat dan Rawat (RNR). Di Malaysia bila lagi ya nak buat secara besar-besaran tempat tu. Kesian kami yang tidak merokok dan tiba-tiba jadi passive smoker tidak bertauliah ni. huhuhu. Merokok mengandungi bahan kimia berbahaya kepada tubuh buat jangka masa panjang seperti Nikotin, Tar dan bahan-bahan ini bersifat karsinogenik penyebab kanser paru-paru. Nauzubillah
5) RUTIN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG DAN TIDAK HIRAUKAN DIET.
haaa...sekarang semua nak laju. Orang sekarang suka makanan yang convenient berbanding makanan sihat. Memang akan jadi tak elok kalau makan hari2. Kan tinggi GARAM. Air GAS dia pula menyegarkan tapi sangat tinggi GULA. Lepastu jangan hairan kalau berat naik.
6) Macam point nombor lima, berkaitan GULA dan GARAM. Gula dan garam pun ganggu penyerapan. Satu lagi adalah KAFEIN. Kafein juga ganggu penyerapan nutrien baik dalam makanan. Tak perlu kata suplemen ja, penyerapan nutrien dalam makanan seharian kita pun akan terganggu.
7) KEHILANGAN NUTRIEN DALAM MAKANAN DI RESTORAN DAN MASAK TERLALU LAMA
Di restoran kita tak tahu bagaimana cara penyediaan makanan kita. Sayur basuhkah? Kan kalau tak basuh racun masih lagi melekat. Lepastu, masak lamakah? Jika masak lama, akan mengurangkan nutrien dalam makanan kita, dan lepastu makanan akan tidak cukup nutrien.
Sekian sahaja coretan Mursyida mengenai mengapa Kita perlu suplemen. Mursyida pilih SHAKLEE sebab semulajadi dan melalui kajian klinikal yang amat ketat dan telah melalui peer-review sessions antara saintis. Suplemen SHAKLEE juga tidak membebankan buah pinggang. SHAKLEE adalah Syarikat pertama yang telah menyahut cabaran daripada pihak ketiga (Dr Gladys dari Universities of Berkeley) untuk menjalankan LANDMARK STUDY. Kajian-kajian saintis SHAKLEE juga diterbitkan dalam jurnal antarabangsa.
Jum!
Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397
Wassalam.
Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397