Showing posts with label salam. Show all posts
Showing posts with label salam. Show all posts

Tuesday, 4 August 2020

5 TIPS BERJIRAN RINGKAS DAN PADAT

Jiran



Perkataan yang sering kita dengar sejak kecil lagi. 

Maksud jiran adalah orang yang hampir dengan rumah kita diami sama ada depan, belakang, kiri dan kanan, di tingkat atas dan bawah sehingga capai 40 buah rumah ikut sudut.

MasyaAllah. 

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w berkata, "Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, ucapkan kata-kata yang baik ataupun diam sahaja. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, jangan dia menyakiti tetangganya. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia memuliakan tetamunya". (Hadis direkodan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya kitab al-Adab, no. hadis 6018, daripada Abu Hurairah) 

3 Kategori Jiran :-

1. Jiran Muslim yang berhubungan darah :-

- Hak muslim
- Hak keluarga
- Hak jiran

2. Jiran Muslim bukan hubungan darah :-

- Hak Muslim
- Hak jiran

3. Jiran bukan Muslim :-

- Hak jiran

(Menurut Ibnu Battal dalam Fathul Bari syarah bagi kitab Sahih Buhari)

Antara hak-hak seorang Muslim terhadap jirannya :-

1- Berikan salam ketika berjumpa
2- Ziarah
3- Jangan sempitan jalan ke rumahnya
4- Jangan intai apa yang dibawa masuk ke rumahnya
5- Tundukkan mata ketika terlihat isteri ataupun suaminya

- Anggap jiran seperti keluarga sendiri;
- Memberi hadiah ketika mempunyai sambuan ataupun ulang tahun;
- Amalan bertukar juadah dapat eratkan silaturrahim;
- Sentiasa tanya kesihatan dan makan minum; 
- Saling nasihat dan bertukar pendapat.

Tips berjiran ini dipetik berdasarkan maklumat dalam buku "200 Tip Sihat Akal, Tubuh dan Iman". 
Hasil tulisan Siti Khadijah Muhammad Radzi.

Wallahua'lam. 

20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...