Showing posts with label muzium arkeologi Lembah Bujang. Show all posts
Showing posts with label muzium arkeologi Lembah Bujang. Show all posts

Wednesday, 12 July 2017

PERJALANAN SINGKAT TAPI BERMAKNA - Merbok, Lambah Bujang dan Yan, Negeri Kedah

Pada Khamis, 6 Julai 2017, saya Dan rakan, farhana Ada lakukan lawatan ke muzium arkeologi lembah bujang, kedah. Muzium ini terletak kira-kira 23 kilometer dari bandar Sungai Petani, Kedah. Lembah Bujang merupakan tapak arkeologi yang paling dikenali di semenanjung Malaysia oleh pengkaji proto sejarah. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya aidilfitri Dan aidiladha, pukul 9 Pagi sehingga 5 petang. Kami tiba di muzium sekitar jam 10.30 Pagi. Untuk pengetahuan semua, masuk adalah PERCUMA. Lembah Bujang suatu ketika dahulu merupakan destinasi perdagangan antarabangsa oleh pedagang-pedagang dari India, Cina Dan Arab. Lembah Bujang juga merupakan destinasi perkembangan agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Kerajaan di Lembah Bujang in wujud sekitar Abad ke-3 hingga ke-15 masihi. Dalam muzium ini, kami disediakan pelbagai maklumat tinggalan warisan protosejarah daripada tinggalan baru-baru bersurat yang mengandungi puisi-puisi lama dalam bahasa Sanskrit, manik, pelbagai jenis tembikar, pelapik tiang candi-candi agama Hindu-Buddha, Dan batu bersurat ibn sirdan. 


Terdapat 87 tapak tapak arkeologi yang telah dijumpai di Lembah Bujang seperti sungai mas, sungai Batu, bukit pendiat, bukit choras, merbok, bukit Batu pahat Dan di kompleks pencadian pengkalan Bujang. Lebih membuatkan kami teruja, aktiviti ekskavasi masih lagi dijalankan di sungai batu, Dan sungai mas. 


Selepas selesai lawatan kami di muzium arkeologi lembah bujang, kami rancang untuk berkelah ke air terjun titi hayun di Yan, Kedah. Hati-hati ya jika anda merancang untuk Mandi disini. Kerana dikhuatiri terkena wabak kencing tikus. Ambilllah langkah-langkah keselamatan seperti tidak minum air di situ Dan tidak Mandi jika terdapat Luka di badan. 

Kami hanya berkelah Dan menghayati Alam ciptaan Allah. Cantik sangat, SubhanAllah. Air di sini masih jernih. Deruan air terjun menghiasi sekitar Kawasan ini. 

Terima kasih farhana sudi sediakan makanan berkelah yang sangat sedap. Alhamdulillah. 
Seusai perkelahan kami di air terjun titi Hayun, kami mengambil keputusan untuk solat zohor di masjid berhampiran. Yang membuatkan kami teruja, apabila terjumpa beduk lama ini. Sangat cantik ukirannya Dan masih terpelihara dengan baik. 

Selepas selesai menunaikan solat zohor, kami berdua teringin cendol, ais kacang Atau air kelapa.  Kebetulan cuaca agak panas. 
Ada beberapa gerai tepi jalan yang jual cendol pulut, tapi agak Susah untuk kami berhenti, Jadi kami singgah ke pantai murni waterfront yang terletak di sekitar perjalanan balik kami ke sungai petani. Alhamdulillah, kami dapat merasa ketiga-tiga jenis dessert. Tertunai kempunan kami. Hehe. Farhana bungkus air kelapa untuk ibunya berbuka puasa syawal. 

Selepas bergambar di pantai murni sekitar jam 4 petang, kami singgah sebentar di kompleks sungai merbok. Kompleks ini Ada tanaman hutan paya bakau. 
 Anak Pokok paya bakau yang saya pernah lihat 2 tahun lepas pun dah besar seperti gambar di atas. Teruja sungguh. 

Kawasan ini pun dah Ada penjaga/guard untuk memantau Kawasan sekitar. 


Akhir sekali, kami bergambar di sekitar bot2 nelayan di sungai merbok. Alhamdulillah. Kawasan ini masih terpelihara. 
Medan selera di Kawasan sekitar pun dah buka. 

Terima kasih farhana, sudi mengembara dengan Mursyida. Hee

Sekian sahaja perjalanan singkat kami pada Kali ini di sekitar kedah, menghayati Alam semulajadi Dan zaman protosejarah. 


Wasalam. 

20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...