Showing posts with label info shaklee. Show all posts
Showing posts with label info shaklee. Show all posts

Sunday, 23 August 2020

13 SOALAN DAN JAWAPAN TENTANG VIVIX SHAKLEE


Vivix Shaklee

Kotak Vivix Shaklee

Assalamualaikum semua. Syida harap anda semua sihat wal a'fiat dan sentiasa dalam lindungan Allah Taala. Kesihatan itu tidak ternilai harganya. Terima kasih Allah kerana masih berikan peluang kepada kami untuk merasai nikmat kesihatan ini. 

Kadang-kadang kita alpa, semua dari Allah. 

Hari ni Syida nak kongsikan mengenai satu lagi minuman botani kesihatan. Minuman ini diilhamkan oleh Allah Taala dan hasil daripada kajian saintifik oleh saintis antarabangsa.

Mesti ada antara kita tertannya-tanya mengenai Vivix Shaklee kan?

Antara soalan yang kerap kali ditanya ialah :- 

(1) APAKAH VIVIX?

J : Minuman istimewa yang mempunyai bahan campuran botani istimewa. Bahan-bahannya :- Anggur Muscadine, Ekstrak Eldeberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.

Bahan-bahan botani dalam Vivix Shaklee

Anda boleh klik link bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai bahan dalam Vivix Shakle >>>> Bahan

(2) 3 Perbezaan Vivix berbanding minuman botani lain

J : Anggur muscadine adalah sejenis buah tahan lasak dan jarang didapati. Dalam anggur muscadine ada polifenol lengkap, tidak terdapat dalam anggur lain. Asid elagik dan elagitanin dalam anggur muscadine adalah lebih baik apabila digabungkan dengan polifenol, kerana gabungan itu akan menghasilkan antioksidan berkuasa.

Shaklee akan pastikan dan manfaatan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix dengan gunakan paten proses pengekstrakan yang menumpukan dan kekalkan bioaktif polifenol dalam bahannya. 

(3) 4 Perbezaan Anggur Muscadine berbanding anggur lain

J: - anggur yang paling jarang ditemui.
- anggur tahan lasak.
- profil polifenol unik yang tawarkan manfaat kesihatan.
-kepekatan asid ellagik dan elagitamin yang tinggi, apabila digabungan dengan polifenol anggur muscadine, hasilkan antioksida berkuasa.
- berkemampuan membiak dalam persekitaran bahaya, profil fenolik berikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti itu.

(4) Apakah yang dimaksudkan dengan polifenol?

J: Sebatian semula jadi yang ditemui dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran yang mempunyai antioksida dan berpotensi berikan perlindungan terhadap penuaan sel.

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

(5) Manfaat Vivix kepada siapa?

J: Vivix adalah untuk dewasa yang mementingkan penuaan secara sihat dan sejahtera.

Vivix tak disarankan kepada wanita hamil atau menyusui atau sesiapa berumur 18 tahun ke bawah.

(6) Berapa banyak boleh ambil Vivix setiap hari?

J: sehari (1 sudu teh)

(7) Bila perlu makan Vivix?

J: Setiap hari ambil Vivix, diambil dengan hidangan sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan.

(8) Bolehkah ambil lebih daripada 1 sudu sehari?

J: Tak dapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari (berdasarkan penyelidikan terkini).

(9) Ambil Vivix bersama suplemen lain?

J: Boleh.


(10) Adakah langkah berjaga-jaga penggunaan Vivix Shaklee?

J: Shaklee syorkan untuk bincangkan penggunaan Vivix dengan penjaga kesihatan profesional dalam keadaan pengguna tersebut yang berada di bawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit atau yang mengambil preskripsi ubat, terutama ubat cair darah. 

(11) Adakah Vivix menandungi alkohol?

J: Vivix tiada alkohol.

(12) Adakah Vivix Halal?

J: Vivix Halal dan diiktiraf oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM).

Halal Shaklee

(13) Adakah Vivix didaftarkan di bawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan)?

J: Tak. Vivix diklasifikasikan sebagai makanan dan diselia oleh Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makan Malaysia (FSQD).



Tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan dan untuk dapatkan Vivix Shaklee :- 
Whatsapp - Free social media icons







Anda digalakkan tekan butang share jika bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang lain juga.


Tuesday, 21 January 2020

BMI DAN BERAT BADAN

Assalamualaikum, sekarang dah lepasi pertengahan bulan 1 tahun 2020. 

Apakah impian anda? Setiap orang ada impian yang masing-masing termasuklah untuk kurus.

Kurus ni pulak subjektif tau. 

Kurus dalam kategori berat badan unggul atau berat badan kurang? 

Berat badan unggul adalah yang terbaik. Sebab apa ya? Nanti Mursyida kongsi sebab apa.

Cara mengira berat badan seseorang berada kategori mana ada banyak. Kalini Mursyida nak kongsi cara yang paling terkenal iaitu menggunakan kaedah BMI (Body Mass Index)


BMI ITU APA?

Cara mengira sama ada berat badan berada dalam kategori apa, boleh dikira menggunakan teknik BMI (Body Mass Index) . BMI ni adalah ukuran untuk menilai berat badan berbanding ketinggian. 


BMI =
Berat badan (kg)

Tinggi (m) x Tinggi (m)

KATEGORI BMI?

Jika BMI  (kg/m²) adalah :
Anda adalah :
< 18.5
Kurang berat badan
18.5 – 24.9
Mempunyai berat badan unggul
25 – 30
Berlebihan berat badan
30 atau lebih
Obes



BERAT BADAN UNGGUL

Maksudnya seseorang mempunyai berat badan antara 18.5 hingga 24.9/km2.
- Orang yang mempunyai berat  badan unggul adalah dalam kategori berat badan yang ideal atau terbaik.
- orang yang mempunyai berat badan ideal selalunya risiko rendah untuk dapat penyakit.

Bagaimanakah saya mengekalkan berat badan yang unggul?

·         Seimbangkan aktiviti fizikal dengan pemakanan
·         Menentukan keperluan tenaga
·         Banyakkan aktiviti fizikal. Jika seseorang dah sedia maklum dengan tahap aktifnya, teruskan dan sesuaikan dengan tahap umur. 


Tahukah anda, lebih atau kurang berat badan juga mempunyai risiko terhadap kesihatan.  

Apakah risiko lebih berat badan?

- Berdasarkan jadual di atas, kategori berat badan lebih adalah 25 ke atas. 30 dan ke atas adalah dalam kategori obes.  
- risiko berat badan berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius seperti panyakit jantung, angin ahmar, diabetes. kanser dan darah tinggi.
- risiko ini boleh dikawal dengan menjaga pemakanan dan menjalankan aktiviti fizikal tetap.

Cara turunkan berat badan dengan sihat (info umum) ?

- Tetapkan sasaran untuk turunkan berat badan
- Kenal pasti tahap tenaga
- Timbang berat badan seminggu sekali, sebaiknya sebelum makan
- Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia
- Jangan sekat untuk tidak makan atau hadkan kalori jika sangat lapar
- Diet sentiasa dimodifikasi
- Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega, krim, daging berlemak, sos salad, kek dan pastri
- Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal, berenang sekurang-kurangnya 60 minit, lima hingga enam hari seminggu
- Berjumpa doktor untuk dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang menyebabkan berat badan lebih
- Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda
-Berada dalam sistem sokongan yang betul. 


Apakah risiko kurang berat badan pula? 

Kalau anda tengok balik jadual di atas, orang yang kurang berat badan ini selalunya BMI nya kurang 18.5.  
Berat badan seseorang yang berada dalam kategori kurang juga mempunyai risiko terhadap tahap kesihatannya.
i) risiko terhadap kesihatan jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit lain. 

Bagaimana nak tambah berat badan?

·       Contohnya dengan membuat matlamat penambahan berat badan secara perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kg sebulan. Matlamat BMI yang perlu diletakkan adalah di antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.
·         Mengawal berat badan secara sihat:
o    Amal makan secara sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
o    Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.
o     Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, mungkin perlu makan makanan yang berkhasiat lebih dari biasa
o Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang padat dengan nutrien bagi menambah kalori, vitamin dan mineral.
o    Tentukan keperluan tenaga anda. Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk memastikan keperluan tenaga. 


Di samping cara-cara yang tersebut di atas, Shaklee juga ada mencadangkan produk-produk makanan tambahan yang selamat untuk mencapai berat badan unggul bagi individu lebih berat badan dan kurang berat badan. Suplemen ini hanya membantu sahaja dan setiap orang tak sama kadar kawalan berat badannya dengan makan suplemen. Perkara paling penting adalah menjalani gaya hidup sihat secara keseluruhan. 






1) Produk shaklee bantu kurangkan berat badan



1.    Detox >>>>>  produk Shaklee tinggi fiber seperti  Herblax/Alfafa baik untuk detox.


2. Pecahkan lemak >>>>> Lecithin.


3. Kekalkan otot >>>>>> produk tinggi protein seperti Cinch mix/ESP baik untuk kekalkan otot.
* Cinch Mi x Shaklee mengandungi leusine dan amino acid yang bantu elakkan otot menggeleber.


4. Tambahan suplemen Shaklee Vita lea sebagai multivitamin untuk mencukupkan keperluan vitamin badan (makan 2 biji sehari).


2) Produk Shaklee bantu lebihkan berat badan

1.    Meal Shakes :- selera makan dapat ditingkatkan dengan Meal Shakes Shaklee. - Meal Shakes Shaklee ini bantu memberi tenaga dan mengurangkan penat.
-       Baik untuk kulit
-       Amat sesuai untuk pengamal sayur-sayuran atau vegetarian.

        

2.    Vitalea – cukupkan vitamin yang kurang dalam badan.
-       lebih bertenaga.
-       lebih sihat.
-       menambahkan vitamin yang kurang dalam badan disebabkan oleh cara pemakanan yang salah akibat kurang selera makan.


3.    B-Complex – tambah tenaga.
-       kurangkan stress.
-       mengurangkan letih dan bantu menuarkan makanan kepada tenaga.


3) Produk Shaklee bantu kekalkan berat badan unggul

1. ESP (Energizing Soy Protein) – Menggalakkan embentkan semula kulit dan otot.
- bekalkan tenaga segera.
- Percepatkan sembuhan luka dan kurangkan parut.
- Anti-penuaan, kembalikan radian kulit dan kepejalan otot.

2.    Vitalea – Berikan tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
-       Pelengkap nutrisi
-       Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
-       Bantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon.
-       Lindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


3.    B-Complex – Tukaran makanan kepada tenaga
-       Bantu penghadaman, tukar lemak, karbihidrat dan protein kepada tenaga.
-       Redakan kemurungan, sait kepala, tekanan, dan insomnia.


4.    Vitamin C – Membentuk Kolagen
-       Baiki pendarahan
-       Tingkatkan system imun
-       Anti-oksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk lawan sel-sel kanser dan buang bahan kimia bahaya.
-       Cantikkan kulit
-       Baiki insomnia



5.    Omega Guard – Selamat daripada bahan tercemar contohnya logam berat dan berbahaya.
-       Bekalkan lebih EPA dan DHA kepada pengguna berbanding jenama lain di pasaran.
-       Mengandungi Omega-3 lebih 85%, mendahului Omega jenama lain.



Sesiapa yang produk Shaklee boleh hubungi Mursyida. WhatsApp 019-4135397 .

Wassalam.

Untuk mendapatkan pertanyaan percuma, anda boleh juga hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 



20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...