Showing posts with label Suplemen. Show all posts
Showing posts with label Suplemen. Show all posts

Thursday, 9 January 2020

BOTOL SHAKLEE BERWAJAH BAHARU

Assalamualaikum!

Khabar baru untuk pengguna Shaklee Malaysia. Shaklee kini datang dengan botol rekaan baharu yang menarik.

Anda boleh tengok contoh botol berwajah baharu Shaklee dalam gambar di bawah :-


Botol Shaklee berwajah baharu - Botol DTX Complex

Ada cop HALAL di botol Shaklee


Anda boleh dapatkan produk Shaklee melalui Mursyida.  

Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

Wassalam.

Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397 

Selain Mursyida, anda juga boleh dapatkan produk Shaklee daripada pengedar lain berdaftar.



SHAKLEE SEMESTINYA HALAL

Tahun baru 2020 dan resolusi baru. Tak salah menyimpan impian dan menyusun langkah dalam kehidupan. Begitu juga dengan Shaklee. 

Shaklee juga dah mengorak langkah baru dan sentiasa mengemaskini sijil Halalnya. Bagi tahun 2020 ini, anda boleh tengok sijil Halal Shaklee dalam gambar di bawah :- 

Sijil Halal Shaklee Terbaru (Kemas kini 2020)

Senarai produk Shaklee
ISA itu apa ya? ISA atau Islamic Services of America ni adalah badan pengeluar halal yang JAKIM Malaysia iktiraf. Jangan was-was dah ok. Alhamdullillah Shaklee sentiasa proaktif dan mengambil berat keperluannya penggunanya yang mahukan produk yang halalan thoyiban. InsyaAllah. 

Bermula tahun 2020 ni juga, Shaklee dah mula letak logo Halalnya pada botol. Sangat menarik.  

Anda tak perlu was-was dan ragu lagi kerana Shaklee sememangnya Halal dan selamat diamalkan. InsyaAllah.

Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

Wassalam.


Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397 / http://bit.ly/35zamNe




Wednesday, 11 December 2019

KENAPA PELAJAR MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN?

"Shaklee effect" kali ini Mursyida nak kongsi milik Syifa'. Syifa' adalah downline Puan Natrah Mohamed ("Kak Nat"). Syifa' umur 19 tahun dan seorang pelajar.

Terima kasih Syifa' dan Kak Nat sudi kongsi kesan baik Shaklee.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syifa' pada asalnya mengalami ekzema yang sangat menyeksa diri. Makin menjadi-jadi ekzemanya kalau silap makan, stress, alahan dan alergik. Syifa' jadi tak konfiden, malu dan rendah diri.

Malam-malam mesti makin menjadi-jadi masalah kulitnya. 

Tambah pula, Syifa' ni seorang pelajar, jadi sangat perlukan vitamin / makan tambahan. 

Syifa' memilih Shaklee sebagai suplemen pilihan beliau selepas dicadangkan maknya. Mak Syifa' amalkan set menyusu Shaklee. 

Untuk mengawal masalah ekzema dan bantu dalam pelajaran, Syifa' amalkan suplemen Vitamin C, B Complex dan Omega Guard.

Alhamdulillah, Syifa’ nampak perubahan yang makin baik.

Gatal tak jadi singgah (Makin kurang)

Kurang alergik. 

Syifa' makin konfiden sebab dah boleh kawal masalahnya.

Alhamdulillah.

Omega Guard bantu Syifa' dalam pelajaran


Boleh mengingat dan menghafal pelajaran dengan lebih baik.


B-complex, bantu Syifa' kawal emosi stress. 


Sistem imun badan Syifa'bertambah baik. 

Asbab amalkan Vitamin C, Syifa dah kurang demam, batuk, selsema. Alhamdulillah.

Syifa'



Syukur. 

Terima kasih juga kepada semua kerana sudi baca. Anda pengalaman dengan Shaklee? Boleh kongsi dengan Mursyia. 


Anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp/FB (Mursyida Abdul Rahman/ IG (mursyidabdulrahman) 


Wassalam.


Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

Wassalam.


Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397 



* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 9 December 2019

IDEA KREATIF MUSIM KAHWIN

Musim kenduri-kendara datang lagi. ("Macam TORA datang lagi" pula ya).

Macam-macam idea kreatif Kita boleh tengok dalam sesebuah majlis perkahwinan dari "doorgift", hiasan pelamin ke barang hantaran. 

Suplemen Shaklee adalah suplemen yang menjadi pilihan untuk menjadi barang hantaran. Antara suplemen pilihan adalah B-Complex, Omega Guard, Vitamin E dan lain-lain lagi. Nak tanya lebih lanjut boleh mesej WhatsApp/FB/insta Mursyida : 019-4135397.

Berbalik kepada idea hiasan hantaran. Banyak idea kreatif yang boleh anda buat untuk hiasi hantaran botol Shaklee. Antara ideanya anda boleh jenguk dalam gambar-gambar di bawah. 

Kreatif kan mereka ni? Wahh! MasyaAllah. 




Comei-comei : menggunakan teman warna peach dan turquiose.


Health is wealth!


Antara suplemen pilihan.


Terima kasih kerana memilih Shaklee menjadi suplemen pilihan. 


Sebelum mengakhiri post blog kalini. Mursyida nak ucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada semua pengantin-pengantin yang baru mendirikan rumahtangga. 

Semoga bahagia dunia akhirat. 

Wasalam.

Sumber : Puan Natrah Mohamed

Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 


Wassalam.


Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397 




Friday, 6 December 2019

INFO TAMBAHAN MENGENAI B-COMPLEX SHAKLEE

Salam Jumaat,

Mursyida ada terangkan sedikit  pengenalan mengenai B-Complex di link berikut :- http://bit.ly/2FrsEp1. 

Kalini Mursyida nak sambung highlight mengenai tablet B-Complex comel-comel ni. Setiap botol ada 120 biji. banyakkan? Harga pun berbaloi dan berpatutan sebab suplemen Shaklee ni organik, menggunakan bahan natural, tanpa bahan pengawet, tanpa gula tambahan atau perasa tiruan. 

Vitamin B nak dapatkan kena melalui pemakanan dan suplemen. Jadi Shaklee yang telah bertahun-tahun dalam penyelidikan telah menghasilkan B-complex untuk membantu untuk mencukupkan kadar vitamin B dalam tubuh. 

* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Sesiapa yang nak B-Complex Shaklee boleh hubungi Mursyida. WhatsApp 019-4135397 .


Wassalam.


Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397  



SEBAB SETIAP ORANG DEWASA KENA ADA B-COMPLEX SHAKLEE

B-Complex Shaklee. 

Tablet ni dipanggil complex sebab ada beberapa jenis Vitamin B penting untuk fungsi tubuh. 





KENAPA ORANG DEWASA PERLU Vitamin B? 

Simptom kekurangan Vitamin B bagi orang dewasa selalu nya :
- Depresi;
- Murung;
- Insomnia;
- Kurang selera makan;
- Sembelit;
- Masalah lidah;
- Kurang konsentrasi;
- Mudah tersinggung;
- Melemahkan sistem saraf;
- Mengganggu fungsi otak;
- Pembentukan abnormal sel;
- Kurang konsentrasi.



Jadi, B-Complex Shaklee adalah antara cadangan Suplemen terbaik yang boleh Mursyida cadangkan.

Pengalaman Mursyida : pertama kali Mursyida makan vitamin B complex pada tahun 2013. Masa tu ambil bersama Alfalfa dan Vitamin C Sustained Release. Tujuan utamanya untuk kawal resdung. Tambah-tambah pula waktu tu tengah study degree, memang kena ada B-complex untuk bantu lebih relax dan kurangkan stress belajar. Cuba sendiri baru rasa keajaibannya!!!! Alhamdulillah.

Sel-sel badan kita ni perlukan tenaga, dan vitamin B akan bantu untuk tukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga. 

Yang lagi istimewanya, Vitamin B Complex Shaklee pun ada asid folik. 

NAK TAU TAK? Asid folik ni tak mudah diserap. Jadi, Shaklee telah bangunkan teknologi eksklusif berpaten yang bantu sistem penyerapan nutrien yang lebih mudah diserap. 

ISTIMEWAKAN? Sangat istimewa. Bagaimana nak dapatkan B-Complex Shaklee? Boleh terus whatsapp, facebook atau telegram Mursyida di nombor yang tertera di bawah.



Sumber :- laman web Shaklee Malaysia

* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> http://bit.ly/35zamNe . 
.


Tuesday, 3 December 2019

LANDMARK STUDY (Kajian Penting Mengenai Suplemen Makanan)

"Landmark Study" ni apa ya? Sekarang ni kita fefeeling macam masuk kelas sains sat tau. Kaji kertas kerja saintis-saintis bertaraf dunia.
__________________________________________________________________________________

"Landmark Study" adalah kajian penting mengenai suplemen makanan ke atas sekumpulan responden di Amerika Syarikat. Perkara kajian adalah corak penggunaan suplemen, kesihatan dan status pengguna yang ambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang (melalui kajian keratan rentas).

Kajian telah dijalankan oleh beberapa pakar iaitu, Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus dan Mark L Hudes.

Kajian mereka telah diterbitkan dalam Jurnal "Nutrition Journal 2007", 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30.

Jurnal ini telah diterbitkan pada 24 Oktober 2007.


LATAR BELAKANG

Kajian ni menyelidik corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbagai jenis suplemen makanan.

Kajian ini juga membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna suplemen multivitamin/mineral tunggal.  

KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT


Maklumat diperoleh melalui 

1) soal selidik dalam talian;  

2) pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278);

3) data untuk bukan pengguna, dan pengguna suplemen multivitamin/mineral diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994;

4) kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

KEPUTUSAN

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. 

Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. 

Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. 

Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.

p/s: kajian menunjukkan bacaan yang lebih baik untuk kesihatan dengan pengambilan suplemen. 

Ringkasan kajian boleh dilihat dalam rajah di bawah :-  







Sebarang pertanyaan lanjut mengenai B-complex atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> http://bit.ly/35zamNe . 




Tuesday, 21 March 2017

PITAM DAN PENGSAN. SAMA TAPI TIDAK SERUPA.

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kerana sudi singgah blog Mursyida.

Entri kali ini mengenai pitam dan pengsan. 

Pitam dan pengsan adalah dua perkara yang berbeza. Pengsan adalah keadaan di mana seseorang tidak sedarkan diri langsung. Manakala, pitam adalah keadaan di mana seseorang masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar Dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari mereka (Dr Zubaidi.com). Pitam boleh menjadi pengsan dan terjadi kerana kekurangan peredaran bekalan oksigen ke OTAK. 

Mursyida semenjak zaman persekolahan memang kerap kali pengsan/pitam. Sebut je tempat mana tak pernah pitam (over nau! Haha). Mursyida pernah pitam semasa perhimpunan, semasa dalam tandas (beberapa Kali), di lapangan terbang - sebab sambut perdana menteri tengah panas, di hospital semasa melawat saudara...pergh! Banyak Kali. Even masa tolong jaga Mak sakit pun pernah pitam (semasa doktor ambil darah Mak buat pertama kali) - lepas tu dah OK dah, dalam KTM Komuter pun pernah!.

Mursyida pernah pengsan semasa dalam makmal sains. Memang tak sedar sehingga rakan-rakan dan cikgu memanggil nama dan percik air baru sedar. Lepas tu cikgu call ayah dan ayah bawakan Mursyida ke klinik kesihatan USM. Doktor kata tekanan darah Mursyida rendah dan kebetulan waktu tu Mursyida period. 

Banyak faktor seseorang selalu pengsan/pitam (Dr Zubaidi.com):

1) keadaan sekeliling - tempat yang terlalu padat, aktiviti fizikal yang berat, berada di bawah terik mentari.
2) kekurangan gula Dan garam dalam darah 
- kandungan gula terlalu rendah sebanyak 3.5 mmol/ml menyebabkan  berasa pitam.

3) anemia 
- kekurangan sel darah merah. Anemia sering berlaku kepada gadis yang mengalami pendarahan haid yang banyak 

4) kehamilan.
 
5) Masalah jantung 
- degupan jantung tidak seragam irregular rhythm dikenal pasti setelah melakukan aktiviti fizikal di luar Rumah. 

Bila usia semakin bertambah, Mursyida ada ambil precaution/langkah berjaga-jaga dah sama ada selepas kejadian atau sebelum. Mursyida kalau nak pitam Mursyida akan:
1)Cuba baring, longgarkan kasut, buka stokin. Tinggikan kaki melebihi aras jantung menggunakan selimut atau bantal.
2)Jangan lupa makan. Pernah makan banyak sampai berat bertambah. Tapi tak syok plak badan naik. Mungkin kalori yang diambil tak seimbang.
3)Tarik nafas sedalam-dalamnya.
4)Minum air banyak2.
5)Sejukkan badan, seperti elakkan tempat2 panas Dan bahang - ni jarang pengsan tempat panas sebab dalam toilet pun boleh jatuh.

Tapi kadang2 tu kalau bersesak-sesak dalam KTM Komuter tu Mursyida tidak dapat duduk, kena tempuh juga berdiri. Akhirnya pengsan juga. Haha. Hadoi. Sempat kakak yang tolong Mursyida dalam KTM promote VITALEA SHAKLEE pada bulan November 2016 yang lepas. 

Kakak tu kata, nanti cubalah. Wuwu. Punca Mursyida pengsan mungkin tidak cukup rehat sebab siapkan kerja pejabat di rumah Dan assignment universiti. Maka Mursyida tekad nak consume VITALEA SHAKLEE.

Alkisah, pada 2017, kira-kira beberapa bulan lepas kejadian Mursyida pengsan dalam KTM KOMUTER, consume balik VITALEA SHAKLEE. 

Alhamdulillah, badan makin bertenaga, dan stabil. Syukurrrr sesangat.
Apa yang best mengenai VITALEA SHAKLEE?

- multivitamin pertama di dunia.
- mudah larut Dan diserap.
- mengandungi 28 Jenis mineral dan vitamin semula jadi.
- diperbuat daripada bahan semulajadi.
-Semestinya Halalan Thoyyiban



Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> 019-4135397 


20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...