Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, 22 August 2020

4 JENIS KULIT WAJAH, MASALAH DAN PENYELESAIAN


Salam sejahtera,

Apa khabar semua? Saya harap semua sihat. Beberapa hari lepas, Group Telegram Amazing August BALKIS adakan kelas perkongsian mengenai jenis kulit dan penyelesaian. Terima kasih Puan Qiqi buat kelas! 

Kenapa kita kena kenal jenis kulit kita? Supaya SENANG untuk kita cari penyelesaian. 

Apakah punca masalah kulit yang biasa kita dengar dan mungkin antara kita pernah hadapi?

1) Kulit kering

2) Kedutan

3) Jeragat

4) Jerawat

_____________________

Hari-hari kulit kita terdedah kepada UV light UVA. Sinaran matahari UVB, radikal bebas hasil daripada pencemaran (luaran), radikal bebas punca dari tekanan dalaman serta makanan.

Radikal-radikal bebas ini sedikit sebanyak akan menyebabkan munculnya masalah pada kulit. 

KESAN TERDEDAH KEPADA UVA :- UVA akan masuk melalui lapisan dermis, rosakkan kolagen elastin kulit, dan menyebabkan kedutan

KESAN TERDEDAH KEPADA UVB :- UVB akan masuk ke epidermis. Kulit ada kesan terbakar, merosakkan melanin kulit dan sebabkan munculnya jeragat.

BAGAIMANA MELINDUNGI KULIT DARIPADA SINARAN UVA DAN UVB? :- dengan melazimkan pemakaian "sunblock" yang ada SPF++ dan makan Vitamin E. 

___________________________

RADIKAL BEBAS akibat pencemaran pula akan menyebabkan kulit kusam, manakala radikal bebas daripada tekanan dalaman pula akan kedutkan kulit.

_________________________

PEMAKANAN yang tidak dikawal dengan baik juga akan sebabkan kesan radang dan jeragat pada kulit.

Pemakanan yang tak terkawal contohnya adalah seperti banyak makan makanan masam, serta manis.

PENYELESAIAN KEPADA MASALAH KULIT WAJAH YANG DIALAMI


1- Detoks - bila kita detoks, toksin dalam badan dapat dikeluarkan dan badan akan bebas daripada radikal bebas yang akan menyebabkan kulit menjadi rosak.

2-  Pemakanan yang sihat - seperti mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian di samping dengan pengambilan makanan tambahan atau suplemen setiap hari.

3- Menggunakan set penjagaan kulit luaran secara konsisten dan terbukti mempunyai bahan yang selamat digunakan.

Shaklee ada mengeluarkan set penjagaan kulit yang dinamakan sebagai Youth yang sesuai untuk semua jenis kulit daripada kulit jenis kombinasi, jeragat, jerawat dan lain-lain. 

KENAPA YOUTH?

Kerana youth telah mengikuti standard keselamatan tinggi dan bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti dalam gambar di bawah :- 



Bahan dalam Youth Complex bantu lindungi kulit daripada kerosakan kulit disebabkan penuaan. 







Menarik kan bahan-bahan dalam set penjagaan wajah Youth Shaklee ini. 

Kat bawah ni Syida nak kongsikan produk-produk Youth yang istimewa :- 




















Kat bawah ni Syida nak kongsikan testimoni pengguna Youth.



Menarik kan? 

Syida merupakan ejen sah Shaklee Malaysia.

Anda boleh hubungi Syida untuk dapatkan set penjagaan kulit wajah Youth Shaklee.

Hubungi Syida Abdul Rahman melalui 0194135397. 

Tekan link di bawah untuk dapatkan Youth Shaklee. 





Wasalam






Sunday, 12 January 2020

MASA SEKARANG ADALAH UNTUKMU


WARNING! THIS ENTRY CONTAINS POSITVE VIBES ONLY! 

Bahagia? Ya, semua orang nak kecapi bahagia. Bahagia itu subjektif dan tak sama bagi setiap orang. 

Ada sesetengah orang akan jadi “overthink” / berfikir secara melampau tentang kebahagiaan masa depan yang tak pasti itu, dan kadang-kala, boleh menjejaskan perjalanan aktiviti harian kita. Sehingga sanggup mengorbankan momen/masa sekarang dan memberi ruang kepada imaginasi yang bukan-bukan itu.

 “Stop acting as if life is a rehearsal. Live this day as if it were your last. The past is over and gone. The future is not guaranteed”, Wayne Dyer. Maksudnya, jalani kehidupan hari ini dengan sebaik-baiknya, seolah-olah hari inilah yang terakhir.  Masa lalu sudah hilang dan pergi, masa hadapan adalah tidak pasti.

Ada beberapa perkara yang Mursyida dan anda boleh imbangkan serta fikirkan. Sumber Mursyida ambil daripada aplikasi android “Make Me Better”.

Cara setiap individu mungkin tak sama. Mursyida hanya nak kongsi beberapa sahaja. Harap membantu anda. Positive vibes only!


                        (1) Mula jalani kehidupan hari ini/sekarang (“present moment”).

   - Masa sekarang adalah sangat berharga dan usahlah memusnahkannya dengan fkir secara melampau.


(2) Usah risau tentang perkara masa hadapan yang anda tidak tahu.


  - Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Tidak ada siapa pun yang akan tahu melainkan-Nya.
  - Ada benda yang kita tak boleh nak kawal dan hanya perlu hadapi dengan relaks sahaja.
   - Kerisauan yang melampau boleh menyebabkan anxiety. Jangan main-main! Hehe. Segeralah berjumpa pakar perubatan atau kaunselor terdekat jika ada simptom anxiety. Jangan malu jumpa pakar!  
  - Mursyida juga ada cadangan suplemen Shaklee B-Complex untuk mengawal emosi dan tenang.


(3) Kekalkan fokus anda pada hari ini/sekarang (“present”).


   - Fokus pada masa sekarang adalah sangat penting. Produktiviti akan menurun jika tidak fokus. Tukarkan minda kepada perkara “apa yang akan berlaku” kepada perkara “apa yang sedang berlaku” dan jalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kepuasan.


(4) Yakinkan diri.

  - Nilai positif ini sangat penting untuk elakkan tekanan, dapat menilai perkara-perkara yang sedang berlaku dengan lebih baik, serta dapat menjadi inspirasi.



(5) Sentiasalah berdoa dan mengharapkan pertolongan-Nya dan bebaskan minda  daripada perkara negatif.


  - Sentiasalah letakkan impian anda dalam minda, berjuang untuknya. Letak tepi dahulu segala jangkaan melampau yang menjadikan perjuangan itu buruk dan penuh derita.


(6) Rancang masa hadapan tanpa mengorbankan kebahagiaan harini. 


   - Anda mungkin boleh mula membuat senarai rancangan kehidupan masa hadapan hanya apabila tak meragut bahagia sekarang. (berfalsafah pula ya Mursyida ni.)
  - Suplemen B-Complex adalah sesuai bagi orang yang selalu mengalami tekanan perasaan. Fungsi dan keistimewaan B-Complex Shaklee ada Mursyida terangkan dalam entri lepas.

Itu sahaja tips daripada Mursyida yang boleh dikongsikan. Mungkin anda ada tips yang lebih baik dan menarik? Sila berikan komen dalam ruangan komen di bawah. Komen anda amatlah dihargai.

Sekian.

Mursyida Abdul Rahman
Pengedar Shaklee Malaysia.
019-4135397

Thursday, 12 December 2019

8 APLIKASI ANDROID MESTI ADA UNTUK 2020 (VERSI GAYA HIDUP DAN SAYANGI DIRI)

Hai. Assalamualaikum. Kalini Mursyida nak kongsi aplikasi self-love telefon bimbit Android yang best.

Bagi Mursyida, kena ada, untuk self-care, dan self-improvement. Membaca ni terapi juga walau di mana saja kita berada. Terapi jika ada kekusutan dan serabut, nak juga relaxkan minda tu. Melalui pelbagai medium selagi tidak bertentangan dengan agama kan. Gitchewww. Dari segi pemakanan, Mursyida ada ambil B-Complex Shaklee juga, ikhtiar untuk lebih relax. 🌹

Info selanjutnya mengenai B-Complex boleh layari di link ini :- 
http://bit.ly/2FrsEp1 

Apakah aplikasi android self-care yang boleh anda muat turun? 

[1] Apa yang anda kena lakukan adalah dengan memuat turun beberapa aplikasi "self-love" ni di Google play store. 

Senarai aplikasi self-love yang best adalah :-

a) Mp3 Zikr Terapi 
- boleh dimainkan secara "offline". 
- zikr terapi Hafiz Hamidun mp3.

b) Koleksi Zikr Mp3
- boleh dimainkan secara "offline".
- ada koleksi zikr tidurkan anak, zikir munajat, istighfar, zikr taubat, doa permudahkan segala urusan dan lain-lain.

c) Al-Quran
- boleh dimainkan secara "offline". 

d) Make Me Better 
- "online". 
- ada info mengenai pembinaan tabiat positif, set matlamat, motivasi, career.    

e) Self-healing Course 
- boleh dibaca secara "offline". 
- ada info mengenai kenali diri sendiri, kenali "limit" anda, jadilah diri sendiri. 

f) Psychology facts
- boleh dibaca secara "offline". 
- info mengenai bahasa badan, kanak-kanak, warna, kemurungan, emosi, persahabatan dan lain-lain.

g) Action for Happiness
- Baca "online". 
- sebuah laman profile perkongsian positif sahaja, dan "self-motivation".

h) Presently
- Perlu dalam keadaan "online.
- Mencatat apa yang perkara apa yang kita bersyukur setiap hari. 

Bagaimana nak susun kembali aplikasi android anda?


[2] Masukkan dalam "folder" berasingan di desktop phone. 

[3] Namakan "folder" "self-love" anda ikut keinginan/kreativiti anda. Mursyida namakan "lifestyle". Senang nak cari. 


Selamat mencuba!

Anda ada perkongsian aplikasi yang lebih menarik? Jom kongsi pengalaman menarik anda. 

Regards, 

Mursyida.

Sesiapa yang nak B-Complex Shaklee boleh hubungi Mursyida.  WhatsApp : 019-4135397 

Wassalam.

Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397 



Friday, 29 November 2019

MUHASABAH

Bismillahirrahmanirrahim. 

"Mulailah perbuatan yang baik dengan Bismillah, agar kebaikan itu sempurna", Hadis riwayat Abu Dawud. 

Assalamualaikum. Lama betul Mursyida tak tulis sesuatu dalam blog ini. Ada beberapa peristiwa besar yang berlaku dalam hidup Mursyida sepanjang tidak keberadaan dalam dunia blogging ni.

Antaranya :-

1) Alhamdulillah, bagi ramai yang tak tahu, tanggal 17 Februari 2018, Mursyida telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan. Semoga perkahwinan ini bahagia dunia akhirat. Doakan ya!!

2) Mursyida pun dah selamat tamat pengajian master pada November 2018. 

3) Allah makbulkan impian Mursyida untuk merasai pengalaman menjadi seorang pendidik. Banyak Mursyida kena belajar dan bukannya mudah mendidik satu jiwa. Apapun hadapi kerana Allah dan lakukan dengan penuh minat. Mungkin Ada salah dalam mendidik/mengajar, tapi kena sentiasalah muhasabah (lakukan "post-mortem".

Dah nak masuk 2020 (kalendar masihi) dan sekarang dah pun menjengah Bulan rabiulakhir 1441H. Masih belum terlambat kita muhasabah setiap perjalanan kita. Konsep muhasabah yang sangat luas konsepnya.

Ketika muhasabah, apa-apa pun hadapi penuh berserah diri kepada-Nya, sama Ada perkara itu dalam atau luar kawalan hakiki kita. Gitcheww.

"Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya" - Hadis riwayat Bukhari. 

"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. ", Surah Luqman (Ayat 22). 

P/s : touching sket blog kalini. Ibarat jumpa kawan lama. Mengenai post ni, Mursyida bukan baik pun. tapi sebagai peringatan untuk buat kerana Allah.
hehe

Sesiapa yang nak tanya mengenai Shaklee boleh hubungi Mursyida. WhatsApp 019-4135397 

Wassalam.

Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397  




20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...