Tuesday, 21 March 2017

PITAM DAN PENGSAN. SAMA TAPI TIDAK SERUPA.

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kerana sudi singgah blog Mursyida.

Entri kali ini mengenai pitam dan pengsan. 

Pitam dan pengsan adalah dua perkara yang berbeza. Pengsan adalah keadaan di mana seseorang tidak sedarkan diri langsung. Manakala, pitam adalah keadaan di mana seseorang masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar Dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari mereka (Dr Zubaidi.com). Pitam boleh menjadi pengsan dan terjadi kerana kekurangan peredaran bekalan oksigen ke OTAK. 

Mursyida semenjak zaman persekolahan memang kerap kali pengsan/pitam. Sebut je tempat mana tak pernah pitam (over nau! Haha). Mursyida pernah pitam semasa perhimpunan, semasa dalam tandas (beberapa Kali), di lapangan terbang - sebab sambut perdana menteri tengah panas, di hospital semasa melawat saudara...pergh! Banyak Kali. Even masa tolong jaga Mak sakit pun pernah pitam (semasa doktor ambil darah Mak buat pertama kali) - lepas tu dah OK dah, dalam KTM Komuter pun pernah!.

Mursyida pernah pengsan semasa dalam makmal sains. Memang tak sedar sehingga rakan-rakan dan cikgu memanggil nama dan percik air baru sedar. Lepas tu cikgu call ayah dan ayah bawakan Mursyida ke klinik kesihatan USM. Doktor kata tekanan darah Mursyida rendah dan kebetulan waktu tu Mursyida period. 

Banyak faktor seseorang selalu pengsan/pitam (Dr Zubaidi.com):

1) keadaan sekeliling - tempat yang terlalu padat, aktiviti fizikal yang berat, berada di bawah terik mentari.
2) kekurangan gula Dan garam dalam darah 
- kandungan gula terlalu rendah sebanyak 3.5 mmol/ml menyebabkan  berasa pitam.

3) anemia 
- kekurangan sel darah merah. Anemia sering berlaku kepada gadis yang mengalami pendarahan haid yang banyak 

4) kehamilan.
 
5) Masalah jantung 
- degupan jantung tidak seragam irregular rhythm dikenal pasti setelah melakukan aktiviti fizikal di luar Rumah. 

Bila usia semakin bertambah, Mursyida ada ambil precaution/langkah berjaga-jaga dah sama ada selepas kejadian atau sebelum. Mursyida kalau nak pitam Mursyida akan:
1)Cuba baring, longgarkan kasut, buka stokin. Tinggikan kaki melebihi aras jantung menggunakan selimut atau bantal.
2)Jangan lupa makan. Pernah makan banyak sampai berat bertambah. Tapi tak syok plak badan naik. Mungkin kalori yang diambil tak seimbang.
3)Tarik nafas sedalam-dalamnya.
4)Minum air banyak2.
5)Sejukkan badan, seperti elakkan tempat2 panas Dan bahang - ni jarang pengsan tempat panas sebab dalam toilet pun boleh jatuh.

Tapi kadang2 tu kalau bersesak-sesak dalam KTM Komuter tu Mursyida tidak dapat duduk, kena tempuh juga berdiri. Akhirnya pengsan juga. Haha. Hadoi. Sempat kakak yang tolong Mursyida dalam KTM promote VITALEA SHAKLEE pada bulan November 2016 yang lepas. 

Kakak tu kata, nanti cubalah. Wuwu. Punca Mursyida pengsan mungkin tidak cukup rehat sebab siapkan kerja pejabat di rumah Dan assignment universiti. Maka Mursyida tekad nak consume VITALEA SHAKLEE.

Alkisah, pada 2017, kira-kira beberapa bulan lepas kejadian Mursyida pengsan dalam KTM KOMUTER, consume balik VITALEA SHAKLEE. 

Alhamdulillah, badan makin bertenaga, dan stabil. Syukurrrr sesangat.
Apa yang best mengenai VITALEA SHAKLEE?

- multivitamin pertama di dunia.
- mudah larut Dan diserap.
- mengandungi 28 Jenis mineral dan vitamin semula jadi.
- diperbuat daripada bahan semulajadi.
-Semestinya Halalan Thoyyiban



Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> 019-4135397 


No comments:

Post a Comment

20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...