Monday, 2 December 2019

PLANNER TERBAIK 2020

Assalamualaikum. 

Kelmarin Mursyida berkesempatan beli sebuah planner tahun 2020 ni. Beli Kat Hasani Sungai Petani.

Planner tu selalu ada di kedai-kedai buku besar seperti Popular dan Hasani. 

Tajuk planner tu, "Eksekutif Islam 2020". Terbitan Ar-risalah Product Sdn. Bhd.

 Bagi Mursyida kena ada planner yang berkualiti utk sentiasa buat plan tindakan, on track dan "bermuhasabah". Hehe. Bila peranan semakin bertambah sebagai seorang pengedar Shaklee, guru, tutor, dan isteri Dan anak, memang kena ada planner. 

Bagi Mursyida planner tahun 2020 terbitan Syarikat ni memang terbaik sebab tinggi kualiti kertasnya dan design dalam pun menarik (penuh warna-warni).

warna-warni

Kulit depannya pun dibaluti kulit pvc yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Sekali dengan pakej kalis air. Hehe. Worth it!

Kulit hadapanPlanner (PVC)

Harga boleh dapat dalam RM 14.90 sahaja.

Terdapat 4 warna iaitu hijau, merah, biru, dan hitam. Kalini Mursyida beli warna biru sebab dah ada warna hitam untuk planner 2019. Nak kelainan sikit. Supaya tidak mudah tertukar. 

Saiznya lebih kurang kertas A4. Besar sikit tapi nipis je. Nipis tapi padat dengan topik-topik yang relevan.

Apa yang menariknya tentang planner ni? Kenape Tak beli planner biasa je? Apakah kebaikannya?

1) Ada highlight cuti awam, cuti peristiwa dan ada tarikh Islam. Mudah bagi orang Islam nak rujuk dan plan. 
Kemas kan design kotak planner bulanan ni?


2) Ada artikel nasihat Dan tips2 berguna hidup sebagai Muslim. Bagus juga untuk pengisian jiwa kita. "Dok saja" dah boleh dapat "ilmu" dengan membaca. Hehehe. Kiranya 3 dalam 1 planner ni.

3) Ada jadual padat waktu solat beberapa daerah/bandar-bandar besar di Malaysia. 

4) Maklumat peribadi dan pasangan.

5) Semestinya ada ruangan secukupnya untuk isi agenda bulanan kita.

Antara perkara yang tiada dalam planner ini adalah, cuti sekolah. Jadi, anda kena masukkan sendiri cuti sekolah dalam kotak yang disediakan. 

Sebenarnya planner terbitan Ar-risalah ni adalah tahun kedua saya beli. Tahun pertama (2019) Saya beli warna hitam. Beza dengan tahun kedua ni adalah dari segi kandungan tips. Material Kertas masih sama. 

Jadi, apa tunggu lagi, boleh grab reramai jika berminat. hehe.

Wassalam.


Friday, 29 November 2019

MUHASABAH

Bismillahirrahmanirrahim. 

"Mulailah perbuatan yang baik dengan Bismillah, agar kebaikan itu sempurna", Hadis riwayat Abu Dawud. 

Assalamualaikum. Lama betul Mursyida tak tulis sesuatu dalam blog ini. Ada beberapa peristiwa besar yang berlaku dalam hidup Mursyida sepanjang tidak keberadaan dalam dunia blogging ni.

Antaranya :-

1) Alhamdulillah, bagi ramai yang tak tahu, tanggal 17 Februari 2018, Mursyida telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan. Semoga perkahwinan ini bahagia dunia akhirat. Doakan ya!!

2) Mursyida pun dah selamat tamat pengajian master pada November 2018. 

3) Allah makbulkan impian Mursyida untuk merasai pengalaman menjadi seorang pendidik. Banyak Mursyida kena belajar dan bukannya mudah mendidik satu jiwa. Apapun hadapi kerana Allah dan lakukan dengan penuh minat. Mungkin Ada salah dalam mendidik/mengajar, tapi kena sentiasalah muhasabah (lakukan "post-mortem".

Dah nak masuk 2020 (kalendar masihi) dan sekarang dah pun menjengah Bulan rabiulakhir 1441H. Masih belum terlambat kita muhasabah setiap perjalanan kita. Konsep muhasabah yang sangat luas konsepnya.

Ketika muhasabah, apa-apa pun hadapi penuh berserah diri kepada-Nya, sama Ada perkara itu dalam atau luar kawalan hakiki kita. Gitcheww.

"Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya" - Hadis riwayat Bukhari. 

"Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. ", Surah Luqman (Ayat 22). 

P/s : touching sket blog kalini. Ibarat jumpa kawan lama. Mengenai post ni, Mursyida bukan baik pun. tapi sebagai peringatan untuk buat kerana Allah.
hehe

Sesiapa yang nak tanya mengenai Shaklee boleh hubungi Mursyida. WhatsApp 019-4135397 

Wassalam.

Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397  




Wednesday, 12 July 2017

PERJALANAN SINGKAT TAPI BERMAKNA - Merbok, Lambah Bujang dan Yan, Negeri Kedah

Pada Khamis, 6 Julai 2017, saya Dan rakan, farhana Ada lakukan lawatan ke muzium arkeologi lembah bujang, kedah. Muzium ini terletak kira-kira 23 kilometer dari bandar Sungai Petani, Kedah. Lembah Bujang merupakan tapak arkeologi yang paling dikenali di semenanjung Malaysia oleh pengkaji proto sejarah. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya aidilfitri Dan aidiladha, pukul 9 Pagi sehingga 5 petang. Kami tiba di muzium sekitar jam 10.30 Pagi. Untuk pengetahuan semua, masuk adalah PERCUMA. Lembah Bujang suatu ketika dahulu merupakan destinasi perdagangan antarabangsa oleh pedagang-pedagang dari India, Cina Dan Arab. Lembah Bujang juga merupakan destinasi perkembangan agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Kerajaan di Lembah Bujang in wujud sekitar Abad ke-3 hingga ke-15 masihi. Dalam muzium ini, kami disediakan pelbagai maklumat tinggalan warisan protosejarah daripada tinggalan baru-baru bersurat yang mengandungi puisi-puisi lama dalam bahasa Sanskrit, manik, pelbagai jenis tembikar, pelapik tiang candi-candi agama Hindu-Buddha, Dan batu bersurat ibn sirdan. 


Terdapat 87 tapak tapak arkeologi yang telah dijumpai di Lembah Bujang seperti sungai mas, sungai Batu, bukit pendiat, bukit choras, merbok, bukit Batu pahat Dan di kompleks pencadian pengkalan Bujang. Lebih membuatkan kami teruja, aktiviti ekskavasi masih lagi dijalankan di sungai batu, Dan sungai mas. 


Selepas selesai lawatan kami di muzium arkeologi lembah bujang, kami rancang untuk berkelah ke air terjun titi hayun di Yan, Kedah. Hati-hati ya jika anda merancang untuk Mandi disini. Kerana dikhuatiri terkena wabak kencing tikus. Ambilllah langkah-langkah keselamatan seperti tidak minum air di situ Dan tidak Mandi jika terdapat Luka di badan. 

Kami hanya berkelah Dan menghayati Alam ciptaan Allah. Cantik sangat, SubhanAllah. Air di sini masih jernih. Deruan air terjun menghiasi sekitar Kawasan ini. 

Terima kasih farhana sudi sediakan makanan berkelah yang sangat sedap. Alhamdulillah. 
Seusai perkelahan kami di air terjun titi Hayun, kami mengambil keputusan untuk solat zohor di masjid berhampiran. Yang membuatkan kami teruja, apabila terjumpa beduk lama ini. Sangat cantik ukirannya Dan masih terpelihara dengan baik. 

Selepas selesai menunaikan solat zohor, kami berdua teringin cendol, ais kacang Atau air kelapa.  Kebetulan cuaca agak panas. 
Ada beberapa gerai tepi jalan yang jual cendol pulut, tapi agak Susah untuk kami berhenti, Jadi kami singgah ke pantai murni waterfront yang terletak di sekitar perjalanan balik kami ke sungai petani. Alhamdulillah, kami dapat merasa ketiga-tiga jenis dessert. Tertunai kempunan kami. Hehe. Farhana bungkus air kelapa untuk ibunya berbuka puasa syawal. 

Selepas bergambar di pantai murni sekitar jam 4 petang, kami singgah sebentar di kompleks sungai merbok. Kompleks ini Ada tanaman hutan paya bakau. 
 Anak Pokok paya bakau yang saya pernah lihat 2 tahun lepas pun dah besar seperti gambar di atas. Teruja sungguh. 

Kawasan ini pun dah Ada penjaga/guard untuk memantau Kawasan sekitar. 


Akhir sekali, kami bergambar di sekitar bot2 nelayan di sungai merbok. Alhamdulillah. Kawasan ini masih terpelihara. 
Medan selera di Kawasan sekitar pun dah buka. 

Terima kasih farhana, sudi mengembara dengan Mursyida. Hee

Sekian sahaja perjalanan singkat kami pada Kali ini di sekitar kedah, menghayati Alam semulajadi Dan zaman protosejarah. 


Wasalam. 

Monday, 3 April 2017

7 SEBAB KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN

Assalamualaikum w.b.t.

Moga pembaca sekalian baik-baik sahaja.

Entri kali ni Mursyida nak berkongsi mengenai kenapa Mursyida, anda dan insan-insan sekeliling kita perlukan suplemen?

Dalam era globalisasi dan pembangunan ni, kewujudan suplemen amat relevan dengan GAYA HIDUP dan SEKELILING KITA yang semakin berubah. 

Berikut merupakan "7 SEBAB KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN?" :-



1) KITA SERING TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN RADIKAL BEBAS.

Apa itu pencemaran? 

Maksud pencemaran secara ringkasnya adalah perbuatan mencemarkan atau mengotorkan alam sekeliling (Kamus DBP). Pencemaran akan menyebabkan perubahan dan menjejaskan secara langsung atau tidak langsung kepada fizikal, biologi, yang terdapat di alam sekeliling dan memberi kesan kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan bukan sahaja kepada manusia, malah kepada tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan (Akta Kualiti Alam Sekitar 1974). Pencemaran yang tidak terkawal ini akan menyumbang kepada pembangunan yang tidak mapan dan memberi kesan kepada generasi masa hadapan. 

Terdapat beberapa jenis Pencemaran Alam Sekitar. Secara ringkasnya, pencemaran alam sekitar merangkumi/berpunca daripada pencemaran air, udara, tanah, pelupusan sisa buangan, dan perkilangan.

CONTOH YANG PALING KETARA :- 

Pencemaran udara kini semakin menjadi-jadi. Pencemaran daripada asap kenderaan masa kini makin tidak terkawal seperti asap daripada kereta, lori, bas sekolah, dan sebagainya. Dalam asap kenderaan mengandungi banyak bahan-bahan kimia yang sangat berbahaya untuk jangka masa panjang dan boleh menyebabkan kanser. Contoh bahan kimia tersebut adalah seperti gas Karbon Monoksida. Gas Karbon Monoksida sangat berbahaya jika dihidu secara berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan berkaitan pernafasan. Rumah Mursyida di Pulau Pinang terletak berdekatan dengan jalan raya utama dan memang menjadi tumpuan kenderaan di jalan utama tersebut dan semestinya menyumbang ke arah pencemaran udara. Bayangkan setiap pagi Mursyida buka pintu rumah, menusuk bau asap-asap kenderaan ke dalam hidung. Dalam paru-paru tak tahulah apa yang terjadi dan oleh sebab itulah, Mursyida amalkan suplemen sebagai ikhtiar.
Pencemaran tanah pula semakin menjadi-jadi. Memandangkan Mursyida berasal dari negeri Kedah, sawah padi agak sinonim dalam kehidupan Mursyida. Sawah padi akan ada sesi sembur racun kan? Sedarlah betapa tanah sudah tercemar dengan racun-racun tersebut yang telah meresap jauh ke dalam tanah? dan seterusnya meresap ke dalam padi? Lepastu Akan masuk melalui pemakanan Kita. Racun-racun padi kebanyakannya dari Negara China.







2) BADAN KITA MEMERLUKAN DOS YANG LEBIH TINGGI BAGI SESETENGAH NUTRIEN DAN HANYA BOLEH DIDAPATI DARIPADA MAKANAN. 

Mursyida, anda dan seluruh makhluk bernyawa perlu makan nak melakukan aktiviti-aktiviti seharian dan untuk lebih bertenaga. Tenaga datangnya daripada nutrien yang terdapat dalam makanan. Namun, masih belum mencukupi sebab kalau masak nanti, beberapa peratusan nutrien akan hilang kan? Ditambah pula kalau ambil sayur tapi beberapa helai sahaja. Cukupkah? Lepastu memilih sayur pula ya? Keadaan Ini menyebabkan badan tak cukup vitamin. 




3) BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN MUNGKIN TERJEJAS DAN TERCEMAR AKIBAT RACUN SERANGGA ATAU BAHAN KIMIA LAIN. 

Zaman sekarang sebab nak cukupkan permintaan tinggi, ada sesetengah syarikat tak kisah dah apa kesan sesuatu bahan untuk tanaman-tanaman mereka kepada pengguna sebelum dipasarkan kepada umum. Buah-buahan dan sayur-sayuran kebanyakannya tercemar dengan racun yang berbahaya dalam jangka masa panjang. Guna racun sebab nak elak serangga perosak tanaman. Tapi kalau jangka masa panjang, nanti badan kita pula yang rosak. Kasihan badan kita.



4) RUTIN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG DAN TIDAK HIRAUKAN DIET.

haaa.. ini satu lagi perkara yang Mursyida nak catat. Merokok dan kurang bersenam jadi salah satu penyumbang. Bersenamlah supaya kita nak beritahu kepada badan bahawa, kita masih memerlukannya lagi. Kasihan badan Kita kalau diabaikan. Macam kereta, kalau tak gerak berbulan-bulan, mampu ke dia gerak lagi? Kecuali kereta mainan.  Lagi satu, bersenam ni bagus untuk buang lemaks yang melekat, pengaliran darah pun makin lancar. Dulu Mursyida suka berenang. Tapi sekarang buat mana yang boleh dan sempat seperti berjalan dan naik turun tangga. (asrama ada tangga). Solat pun cara bersenam. Bukan sahaja tubuh sihat, malah emosi juga stabil dengan solat. Solat boleh gantikan yoga tau. Nikmat tak? Bukan sahaja pahala dapat, Badan pun boleh relaks daripada stress dan tanda Kita bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat kesihatan untuk beribadah. Seronok Kan?

Haaa..satu lagi merokok ni memang salah satu budaya orang Malaysia, lepastu merokok tempat awam. Di Jepun kebanyakan tempat ada disediakan tempat khasnya untuk merokok dan jauh daripada orang awam di kawasan Rehat dan Rawat (RNR). Di Malaysia bila lagi ya nak buat secara besar-besaran tempat tu. Kesian kami yang tidak merokok dan tiba-tiba jadi passive smoker tidak bertauliah ni. huhuhu. Merokok mengandungi bahan kimia berbahaya kepada tubuh buat jangka masa panjang seperti Nikotin, Tar dan bahan-bahan ini bersifat karsinogenik penyebab kanser paru-paru. Nauzubillah 



5) RUTIN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG DAN TIDAK HIRAUKAN DIET.

haaa...sekarang semua nak laju. Orang sekarang suka makanan yang convenient berbanding makanan sihat. Memang akan jadi tak elok kalau makan hari2. Kan tinggi GARAM. Air GAS dia pula menyegarkan tapi sangat tinggi GULA. Lepastu jangan hairan kalau berat naik. 




6) Macam point nombor lima, berkaitan GULA dan GARAM. Gula dan garam pun ganggu penyerapan. Satu lagi adalah KAFEIN. Kafein juga ganggu penyerapan nutrien baik dalam makanan. Tak perlu kata suplemen ja, penyerapan nutrien dalam makanan seharian kita pun akan terganggu.



7) KEHILANGAN NUTRIEN DALAM MAKANAN DI RESTORAN DAN MASAK TERLALU LAMA

Di restoran kita tak tahu bagaimana cara penyediaan makanan kita. Sayur basuhkah? Kan kalau tak basuh racun masih lagi melekat. Lepastu, masak lamakah? Jika masak lama, akan mengurangkan nutrien dalam makanan kita, dan lepastu makanan akan tidak cukup nutrien. 


Sekian sahaja coretan Mursyida mengenai mengapa Kita perlu suplemen. Mursyida pilih SHAKLEE sebab semulajadi dan melalui kajian klinikal yang amat ketat dan telah melalui peer-review sessions antara saintis. Suplemen SHAKLEE juga tidak membebankan buah pinggang. SHAKLEE adalah Syarikat pertama yang telah menyahut cabaran daripada pihak ketiga (Dr Gladys dari Universities of Berkeley) untuk menjalankan LANDMARK STUDY. Kajian-kajian saintis SHAKLEE juga diterbitkan dalam jurnal antarabangsa. 


Jum!




Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> http://bit.ly/35zamNe . 

Wassalam.

Hubungi Mursyida (whatsapp/FB/Instagram) : 019-4135397 



Tuesday, 21 March 2017

PITAM DAN PENGSAN. SAMA TAPI TIDAK SERUPA.

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kerana sudi singgah blog Mursyida.

Entri kali ini mengenai pitam dan pengsan. 

Pitam dan pengsan adalah dua perkara yang berbeza. Pengsan adalah keadaan di mana seseorang tidak sedarkan diri langsung. Manakala, pitam adalah keadaan di mana seseorang masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar Dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari mereka (Dr Zubaidi.com). Pitam boleh menjadi pengsan dan terjadi kerana kekurangan peredaran bekalan oksigen ke OTAK. 

Mursyida semenjak zaman persekolahan memang kerap kali pengsan/pitam. Sebut je tempat mana tak pernah pitam (over nau! Haha). Mursyida pernah pitam semasa perhimpunan, semasa dalam tandas (beberapa Kali), di lapangan terbang - sebab sambut perdana menteri tengah panas, di hospital semasa melawat saudara...pergh! Banyak Kali. Even masa tolong jaga Mak sakit pun pernah pitam (semasa doktor ambil darah Mak buat pertama kali) - lepas tu dah OK dah, dalam KTM Komuter pun pernah!.

Mursyida pernah pengsan semasa dalam makmal sains. Memang tak sedar sehingga rakan-rakan dan cikgu memanggil nama dan percik air baru sedar. Lepas tu cikgu call ayah dan ayah bawakan Mursyida ke klinik kesihatan USM. Doktor kata tekanan darah Mursyida rendah dan kebetulan waktu tu Mursyida period. 

Banyak faktor seseorang selalu pengsan/pitam (Dr Zubaidi.com):

1) keadaan sekeliling - tempat yang terlalu padat, aktiviti fizikal yang berat, berada di bawah terik mentari.
2) kekurangan gula Dan garam dalam darah 
- kandungan gula terlalu rendah sebanyak 3.5 mmol/ml menyebabkan  berasa pitam.

3) anemia 
- kekurangan sel darah merah. Anemia sering berlaku kepada gadis yang mengalami pendarahan haid yang banyak 

4) kehamilan.
 
5) Masalah jantung 
- degupan jantung tidak seragam irregular rhythm dikenal pasti setelah melakukan aktiviti fizikal di luar Rumah. 

Bila usia semakin bertambah, Mursyida ada ambil precaution/langkah berjaga-jaga dah sama ada selepas kejadian atau sebelum. Mursyida kalau nak pitam Mursyida akan:
1)Cuba baring, longgarkan kasut, buka stokin. Tinggikan kaki melebihi aras jantung menggunakan selimut atau bantal.
2)Jangan lupa makan. Pernah makan banyak sampai berat bertambah. Tapi tak syok plak badan naik. Mungkin kalori yang diambil tak seimbang.
3)Tarik nafas sedalam-dalamnya.
4)Minum air banyak2.
5)Sejukkan badan, seperti elakkan tempat2 panas Dan bahang - ni jarang pengsan tempat panas sebab dalam toilet pun boleh jatuh.

Tapi kadang2 tu kalau bersesak-sesak dalam KTM Komuter tu Mursyida tidak dapat duduk, kena tempuh juga berdiri. Akhirnya pengsan juga. Haha. Hadoi. Sempat kakak yang tolong Mursyida dalam KTM promote VITALEA SHAKLEE pada bulan November 2016 yang lepas. 

Kakak tu kata, nanti cubalah. Wuwu. Punca Mursyida pengsan mungkin tidak cukup rehat sebab siapkan kerja pejabat di rumah Dan assignment universiti. Maka Mursyida tekad nak consume VITALEA SHAKLEE.

Alkisah, pada 2017, kira-kira beberapa bulan lepas kejadian Mursyida pengsan dalam KTM KOMUTER, consume balik VITALEA SHAKLEE. 

Alhamdulillah, badan makin bertenaga, dan stabil. Syukurrrr sesangat.
Apa yang best mengenai VITALEA SHAKLEE?

- multivitamin pertama di dunia.
- mudah larut Dan diserap.
- mengandungi 28 Jenis mineral dan vitamin semula jadi.
- diperbuat daripada bahan semulajadi.
-Semestinya Halalan Thoyyiban



Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 

atau klik terus link Whatsapp di sini >>> 019-4135397 


Thursday, 19 November 2015

SETIAP MASALAH, ADA JALAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum w.b.t

Nama saya Mursyida Binti Abdul Rahman (atau Mursyida). Berumur dalam lingkungan 20-an. Mursyida menetap di Sungai Petani, Kedah bersama kedua-dua ibu bapa Mursyida iaitu Abdul Rahman Bin Ismail dan Maimunah Binti L. Noh. Mursyida merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Mursyida adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Sains Islam Malaysia USIM. (2010-2015)

Mursyida akui, zaman sekolah dan pengajian Mursyida di universiti merupakan antara zaman yang paling mencabar pada ketika itu. Pada waktu itu, tahap kesihatan Mursyida sering diuji. Ini kerana kadang-kala pelajar seperti Mursyida akan tidur lewat bersengkang untuk belajar, menyiapkan tugasan kursus. Oleh itu, makan dan minum para pelajar akan terganggu buat seketika. Namun, Mursyida cuba sedaya upaya untuk menjaga kesihatan demi ilmu dan menunaikan amanah yang diberikan. 

Selain itu, Mursyida juga cuba untuk menjaga beberapa perkara asas dalam menjaga kesihatan sepanjang tempoh pengajian Mursyida iaitu dengan mendapatkan tidur, makan dan minum air secukupnya, bersenam (dengan cara tersendiri iaitu berjalan kaki, solat dan sebagainya), serta mengawal stress selagi terdaya. Mursyida juga telah mengamalkan produk kesihatan Shaklee sejak tahun 2013 sebagai salah satu alternatif / makanan tambahan. 

Pada mulanya, Mursyida mengambil produk kesihatan Shaklee adalah bertujuan untuk mengatasi masalah sembelit dan resdung yang Mursyida alami sejak kecil. Mursyida mengamalkan Vitamin C Sustained Release, B-Complex, ostematrix dan Alfalfa. 

Pada awal pengambilan Alfalfa, Mursyida ada mengalami krisis pemulihan selama seminggu. Alhamdulillah, Mursyida dapat menghadapinya dengan baik dan tahap kesihatan Mursyida selepas seminggu bertambah baik selepas mendengar nasihat dan petua upline Mursyida iaitu kakak ipar Mursyida yang bernama Natrah Mohamed yang tidak jemu-jemu melayan persoalan Mursyida. Selain itu, Mursyida turut mencuba produk ESP Shaklee untuk menambah tenaga sepanjang hari.

Mursyida suka mengamalkan kesemua produk-produk kesihatan Shaklee di atas kerana perbezaan yang Mursyida alami adalah positif berbanding dahulu. Misalnya, lenguh-lenguh badan berkurangan dengan pengambilan ostematrix dan kesan kulit terbakar akibat sering terdedah kepada sinaran matahari juga semakin reda dengan mengamalkan ESP. 

Dengan pengambilan produk Kesihatan Shaklee iaitu Vitamin C Sustained Release dan Alfalfa, Mursyida bukan sahaja dapat mengatasi masalah sembelit dan mengawal masalah resdung, malah dapat menurunkan berat badan daripada 58 kg  ke 48.9 kg (sekarang-2015). Bukan itu sahaja, tahap metabolisme badan dan kesihatan kulit juga semakin baik daripada semasa ke semasa. Apa yang penting adalah usaha (produk/ubat), doa kepada Allah (kesihatan yang baik) dan tawakal kepada Allah. Apa yang Mursyida boleh katakan pada diri MursyidaTAHAP KESIHATAN YANG BAIK YANG MURSYIDA ALAMI DI LUAR JANGKAUAN MURSYIDA HINGGA KE HARI INI. 

 Syukur kepada Allah…

Oleh itu, Mursyida nekad katakan pada diri Mursyida, JIKA MURSYIDA KONSISTEN MENGAMALKAN SHAKLEE, TIDAK SALAH KIRANYA MURSYIDA KONSISTEN BERKONGSI DENGAN KALIAN AKAN KEBAIKANNYA. 

"dan banyak lagilah kenangan Mursyida dengan  SHAKLEE"

p/s : Mahu mendapatkan produk Shaklee? 

Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397 



atau klik terus link Whatsapp di sini >>> 019-4135397 




20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...