Nama saya Mursyida Binti Abdul Rahman (atau Mursyida). Berumur
dalam lingkungan 20-an. Mursyida menetap di Sungai Petani, Kedah bersama kedua-dua
ibu bapa Mursyida iaitu Abdul Rahman Bin Ismail dan Maimunah Binti L. Noh. Mursyida merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Mursyida adalah pemegang
Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Sains Islam
Malaysia USIM. (2010-2015)
Mursyida akui, zaman sekolah dan pengajian Mursyida di universiti merupakan
antara zaman yang paling mencabar pada ketika itu. Pada waktu itu, tahap
kesihatan Mursyida sering diuji. Ini kerana kadang-kala pelajar seperti Mursyida akan
tidur lewat bersengkang untuk belajar, menyiapkan tugasan kursus. Oleh itu,
makan dan minum para pelajar akan terganggu buat seketika. Namun, Mursyida cuba
sedaya upaya untuk menjaga kesihatan demi ilmu dan menunaikan amanah yang
diberikan.
Selain itu, Mursyida juga cuba untuk menjaga beberapa perkara asas
dalam menjaga kesihatan sepanjang tempoh pengajian Mursyida iaitu dengan
mendapatkan tidur, makan dan minum air secukupnya, bersenam (dengan cara
tersendiri iaitu berjalan kaki, solat dan sebagainya), serta mengawal stress
selagi terdaya. Mursyida juga telah mengamalkan produk kesihatan Shaklee sejak
tahun 2013 sebagai salah satu alternatif / makanan tambahan.
Pada mulanya, Mursyida mengambil produk kesihatan Shaklee adalah
bertujuan untuk mengatasi masalah sembelit dan resdung yang Mursyida alami sejak
kecil. Mursyida mengamalkan Vitamin C Sustained Release, B-Complex, ostematrix dan
Alfalfa.
Pada awal pengambilan Alfalfa, Mursyida ada mengalami krisis pemulihan
selama seminggu. Alhamdulillah, Mursyida dapat menghadapinya dengan baik dan
tahap kesihatan Mursyida selepas seminggu bertambah baik selepas mendengar nasihat
dan petua upline Mursyida iaitu kakak ipar Mursyida yang bernama Natrah Mohamed yang
tidak jemu-jemu melayan persoalan Mursyida. Selain itu, Mursyida turut mencuba produk
ESP Shaklee untuk menambah tenaga sepanjang hari.
Mursyida suka mengamalkan kesemua produk-produk kesihatan Shaklee di
atas kerana perbezaan yang Mursyida alami adalah positif berbanding dahulu.
Misalnya, lenguh-lenguh badan berkurangan dengan pengambilan ostematrix dan
kesan kulit terbakar akibat sering terdedah kepada sinaran matahari juga
semakin reda dengan mengamalkan ESP.
Dengan pengambilan produk Kesihatan Shaklee iaitu Vitamin C
Sustained Release dan Alfalfa, Mursyida bukan sahaja dapat mengatasi masalah
sembelit dan mengawal masalah resdung, malah dapat menurunkan berat badan
daripada 58 kg ke 48.9 kg (sekarang-2015). Bukan itu sahaja, tahap
metabolisme badan dan kesihatan kulit juga semakin baik daripada semasa ke
semasa. Apa yang penting adalah usaha (produk/ubat), doa kepada Allah
(kesihatan yang baik) dan tawakal kepada Allah. Apa yang Mursyida boleh katakan
pada diri Mursyida, TAHAP KESIHATAN YANG BAIK YANG MURSYIDA ALAMI DI LUAR
JANGKAUAN MURSYIDA HINGGA KE HARI INI.
Syukur
kepada Allah…
Oleh itu, Mursyida nekad katakan pada diri Mursyida, JIKA MURSYIDA KONSISTEN
MENGAMALKAN SHAKLEE, TIDAK SALAH KIRANYA MURSYIDA KONSISTEN BERKONGSI DENGAN KALIAN
AKAN KEBAIKANNYA.
"dan banyak lagilah kenangan Mursyida dengan SHAKLEE"
p/s : Mahu mendapatkan produk
Shaklee?
Untuk mendapatkan produk Shaklee atau pertanyaan percuma, anda boleh hubungi Mursyida di WhatsApp : 019-4135397
