Saturday, 22 August 2020

4 JENIS KULIT WAJAH, MASALAH DAN PENYELESAIAN


Salam sejahtera,

Apa khabar semua? Saya harap semua sihat. Beberapa hari lepas, Group Telegram Amazing August BALKIS adakan kelas perkongsian mengenai jenis kulit dan penyelesaian. Terima kasih Puan Qiqi buat kelas! 

Kenapa kita kena kenal jenis kulit kita? Supaya SENANG untuk kita cari penyelesaian. 

Apakah punca masalah kulit yang biasa kita dengar dan mungkin antara kita pernah hadapi?

1) Kulit kering

2) Kedutan

3) Jeragat

4) Jerawat

_____________________

Hari-hari kulit kita terdedah kepada UV light UVA. Sinaran matahari UVB, radikal bebas hasil daripada pencemaran (luaran), radikal bebas punca dari tekanan dalaman serta makanan.

Radikal-radikal bebas ini sedikit sebanyak akan menyebabkan munculnya masalah pada kulit. 

KESAN TERDEDAH KEPADA UVA :- UVA akan masuk melalui lapisan dermis, rosakkan kolagen elastin kulit, dan menyebabkan kedutan

KESAN TERDEDAH KEPADA UVB :- UVB akan masuk ke epidermis. Kulit ada kesan terbakar, merosakkan melanin kulit dan sebabkan munculnya jeragat.

BAGAIMANA MELINDUNGI KULIT DARIPADA SINARAN UVA DAN UVB? :- dengan melazimkan pemakaian "sunblock" yang ada SPF++ dan makan Vitamin E. 

___________________________

RADIKAL BEBAS akibat pencemaran pula akan menyebabkan kulit kusam, manakala radikal bebas daripada tekanan dalaman pula akan kedutkan kulit.

_________________________

PEMAKANAN yang tidak dikawal dengan baik juga akan sebabkan kesan radang dan jeragat pada kulit.

Pemakanan yang tak terkawal contohnya adalah seperti banyak makan makanan masam, serta manis.

PENYELESAIAN KEPADA MASALAH KULIT WAJAH YANG DIALAMI


1- Detoks - bila kita detoks, toksin dalam badan dapat dikeluarkan dan badan akan bebas daripada radikal bebas yang akan menyebabkan kulit menjadi rosak.

2-  Pemakanan yang sihat - seperti mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian di samping dengan pengambilan makanan tambahan atau suplemen setiap hari.

3- Menggunakan set penjagaan kulit luaran secara konsisten dan terbukti mempunyai bahan yang selamat digunakan.

Shaklee ada mengeluarkan set penjagaan kulit yang dinamakan sebagai Youth yang sesuai untuk semua jenis kulit daripada kulit jenis kombinasi, jeragat, jerawat dan lain-lain. 

KENAPA YOUTH?

Kerana youth telah mengikuti standard keselamatan tinggi dan bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti dalam gambar di bawah :- 



Bahan dalam Youth Complex bantu lindungi kulit daripada kerosakan kulit disebabkan penuaan. 







Menarik kan bahan-bahan dalam set penjagaan wajah Youth Shaklee ini. 

Kat bawah ni Syida nak kongsikan produk-produk Youth yang istimewa :- 




















Kat bawah ni Syida nak kongsikan testimoni pengguna Youth.



Menarik kan? 

Syida merupakan ejen sah Shaklee Malaysia.

Anda boleh hubungi Syida untuk dapatkan set penjagaan kulit wajah Youth Shaklee.

Hubungi Syida Abdul Rahman melalui 0194135397. 

Tekan link di bawah untuk dapatkan Youth Shaklee. 





Wasalam






Thursday, 20 August 2020

Aplikasi ASAS Canva yang MENYERIKAN Dunia Sosial Media Anda!

Salam Sejahtera Semua,

Sudah lamakan Syida tak up entri blog terbaharu?

Syida ada saja di sini. Seperti biasa tengah sesuaikan norma baharu dan bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah sangat unik dan istimewa. Banyak juga perkara yang boleh dipelajari dan diterokai. 

Peranan sebagai isteri, anak, kakak, guru, dan pengedar Shaklee sah Malaysia. 

Yang penting, kita buat kerana Allah dan patuhi arahan semasa terutamanya berkaitan dengan cara pencegahan penularan pandemik Covid-19. 

InsyaALLAH.

hehehehe

-----------------------------------------------------------------------------

Minggu ini Syida nak kongsikan aplikasi asas menarik yang anda boleh cuba untuk menyerikan lagi gambar-gambar di sosial media anda. 😊😊😊😊😊😊😊😊😊

-----------------------------------------------------------------------------

Minggu ni Syida banyak teroka asas penggunaan Canva dalam edit gambar dan susun atur gambar Syida sebagai Pengedar Shaklee Malaysia dan page Facebook Empayar Semarak Rimbun.

Syida dapat tahu Canva ni best melalui perkongsian rakan BALKIS Shaklee Syida. Fuh, banyak perkara yang mereka kongsikan dan SANGAT MENARIK! Malah, boleh campur-campur dengan aplikasi lain pulak tu. MasyaAllah Tabarokalla. Terima kasih rakan seperjuangan yang tak lokek berkongsi laman web edit gambar.

----------------------------------------------------------------------------

Berikut merupakan "link" laman web Canva yang anda boleh teroka >>> https://www.canva.com/

SANGAT MENARIK!

Jom sama-sama kita belajar guna.

Sangat MUDAH!

TEMPLATE pun sudah tersedia untuk anda cuba dan teroka.















CONTOH-CONTOH GAMBAR MENGGUNAKAN CANVA

Gambar di bawah adalah contoh-contoh gambar yang Syida edit menggunakan Canva dan nak kongsikan dengan anda dan juga dijadikan sebagai kenangan manis sebab berjaya buat sesuatu aktiviti baharu. hihi

Canva 1 :- ni cover Facebook Syida. Sesuai muat-muat sahaja masuk dalam cover Facebook tu.


Canva 2 :- ini pun Syida guna template cover Facebook dalam page facebook, "Pengedar Shaklee Malaysia Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah, 0194135397", menggunakan template sedia ada dalam Canva tu. Menarik kan? 

LOGO? ada caranya, siapa nak tahu lebih lanjut boleh pm Syida. 

Canva 3 :- Video animated. Juga meggunakan template sedia ada dan ubah mengikut citarasa Syida. Hehe

Canva 4 :- Contoh "animated video" yang Syida buat menggunakan aplikasi Canva. 



Menarik kan?

JOM kita belajar buat sama-sama.

 

Perkongsian Syida ni hanyalah yang asas sahaja. 

Mengapa Syida katakan ASAS?

Sebab kalau nak yang premium, anda kena beli. Asas Canva ni adalah yang PERCUMA.

Tapi bagi Syida, memang agak terkesima sebab template yang MENARIK depa bagi walaupun PERCUMA. (mohon terharu)

Nak lagi menarik, anda boleh upah pereka grafik profesional untuk dapatkan nasihat pakar. 

Tapi, bagi mereka yang suka teroka benda baru, BELAJAR CANVA adalah sangat mudah dan senang! Kalau kena dengan taste anda, memang tampak menarik HASILNYA.

Kalau anda nak upah pereka pun tiada masalah. 

Lagi bagus dan lagi sesuai untuk dapatan khidmat nasihat mereka yang pakar dan faham struktur organisasi anda, 😊😊😊

hehe.

Pilihan di tangan ANDA.


- Syida Abdul Rahman

Pengedar Shaklee Malaysia

Boleh hubungi Syida dengan menekan link Whatsapp berikut :- wasap.my/0194135397/

Tuesday, 4 August 2020

5 INFO AIR UNTUK TUBUH BADAN

AIR sangat penting dalam kehidupan seharian kita.



Tanpa air, kita tidak dapat hidup sempurna sebagai manusia. 

Tamadun-tamadun besar zaman dahulu juga kebanyakannya berpusat di kawasan yang mempunyai sumber yang air yang tidak putus. MasyaAllah.

Terdapat LIMA info penting mengenai air yang Syida nak kongsikan kepada para pembaca.

Sebagai peringatan untuk diri dan perkongsian supaya sentiasa cukupkan minuman harian anda.

Setiap orang memerlukan kuantiti minuman air yang berbeza-beza. Kekurangan air akan menyebabkan beberapa penyakit seperti berisiko untuk merosakan organ. Nauzubillah. 


1) Apa kata Rasulullah S.A.W?

"Anas Bin Malik r.a melaporkan, Rasulullah mengambil nafas di luar bekas air minum dan minum sebanyak tiga kali. Dan baginda berkata, "Hal itu lebih segar, lebih enak, dan lebih nikmat." Anas mengatakan, "Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.


2)"Menurut Pakar Nutrisi dan Kecerdasan, Kevin Zahari, "Kita mungkin boleh hidup tanpa makanan selama sebulan, tapi belum tentu dapat bertahan hidup jika tanpa air kurang dari seminggu". 


3) Menurut Kevin Zahari, warna urin menentukan sama ada badan kita sudah menerima air secukupnya mahupun tidak. Warna urin jernih menandakan badan terhidrasi dengan baik. Warna urin berwarna kuning menandakan kita perlu minum lebih banyak air. 


4) Hikmah air untuk tubuh badan :-

- Memantapkan metabolisme
- Kurangkan risiko sakit jantung dan kanser
- cegah keletihan 
- kurangkan sakit kepala
- seimbangkan suhu badan
- lembutkan kulit


5) Kesan minum air berlebihan 

- tingkatkan isipadu darah dan kerosakan buah pinggang. Sebab buah pinggang perlu kerja lebih keras bagi menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah.

Info dipetik dari buku 200 tips sihat akal, tubuh dan iman hasil tulisan Siti Khadijah Muhammad Radzi. 

Wallahua'lam



5 TIPS BERJIRAN RINGKAS DAN PADAT

Jiran



Perkataan yang sering kita dengar sejak kecil lagi. 

Maksud jiran adalah orang yang hampir dengan rumah kita diami sama ada depan, belakang, kiri dan kanan, di tingkat atas dan bawah sehingga capai 40 buah rumah ikut sudut.

MasyaAllah. 

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w berkata, "Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, ucapkan kata-kata yang baik ataupun diam sahaja. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, jangan dia menyakiti tetangganya. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia memuliakan tetamunya". (Hadis direkodan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya kitab al-Adab, no. hadis 6018, daripada Abu Hurairah) 

3 Kategori Jiran :-

1. Jiran Muslim yang berhubungan darah :-

- Hak muslim
- Hak keluarga
- Hak jiran

2. Jiran Muslim bukan hubungan darah :-

- Hak Muslim
- Hak jiran

3. Jiran bukan Muslim :-

- Hak jiran

(Menurut Ibnu Battal dalam Fathul Bari syarah bagi kitab Sahih Buhari)

Antara hak-hak seorang Muslim terhadap jirannya :-

1- Berikan salam ketika berjumpa
2- Ziarah
3- Jangan sempitan jalan ke rumahnya
4- Jangan intai apa yang dibawa masuk ke rumahnya
5- Tundukkan mata ketika terlihat isteri ataupun suaminya

- Anggap jiran seperti keluarga sendiri;
- Memberi hadiah ketika mempunyai sambuan ataupun ulang tahun;
- Amalan bertukar juadah dapat eratkan silaturrahim;
- Sentiasa tanya kesihatan dan makan minum; 
- Saling nasihat dan bertukar pendapat.

Tips berjiran ini dipetik berdasarkan maklumat dalam buku "200 Tip Sihat Akal, Tubuh dan Iman". 
Hasil tulisan Siti Khadijah Muhammad Radzi.

Wallahua'lam. 

6 Kesan Kolesterol TINGGI, dan Penyelesaian.

Assalamualaikum semua, harini Syida nak kongsikan pengetahuan yang Syida dapat setelah menghadiri kelas Pakar Nutrisi Puan Sarah melalui laman Zoom bulan Julai 2020 yang lepas.

Ini yang bagus mengenai Shaklee. Pengedar seperti Syida juga diberi ilmu pengetahuan mengenai peranan nutrisi dalam kesihatan kita.

Berikut merupakan perkongsian Puan Sarah :- 

Kolesterol TINGGI banyak kesannya. Antaranya akan menyebabkan penyakit dalam diam seperti strok, serangan jantung, kebas-kebas, sakit dada, pening kepala, sering berpeluh, 

Antara kesan kolesterol tinggi akan menyebabkan salur darah tersumbat. Punca penyakit dalam diam.




Tahap kolesterol tinggi boleh menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.






Mencegah lebih baik daripada merawat. Namun kedua-dua proses penting. 

Anda boleh cegah kolesterol tinggi dengan pengambilan kompoun Fitosterol yang dapat bantu untuk menghalang kolesterol daripada menerobos masuk dalam saluran darah. 

Contoh dalam gambar di bawah :- 

- bulatan hijau adalah fitosterol
- bulatan merah adalah kolesterol

Fitosterol ni menyerupai kolesterol tapi fitosterol halang kolesterol daripada masuk ke dalam saluran darah. 

Pakar Nutrisi bagitau, Fitosterol ini seperti polis yang halang kolesterol masuk ke dalam darah secara berlebihan.

Seterusnya dapat pastikan kadar LDL dalam darah dalam kadar optima. 

Sebenarnya saranan pengambilan kolesterol adalah 300 mg sehari bagi individu normal manakala bagi individu sakit jantung, saranan pengambilan adalah 200 mg sehari.




Namun, adat di Malaysia, pengambilan kolesterol sudah melebihi kadar yang disarankan. 


Lebih dah kan?

Gejala kolesterol tinggi juga akan menyebaban rasa sakit, lenguh dan kejang pada otot.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Unversiti Canberra dan Universiti Monash dalam "Sport Medicine", kolesterol tinggi dan jahat ada kaitan dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot.

Selalu akan mengundang keradangan. 

- Dr. Zubaidi.

PHYTOCOL DAN OMEGAGUARD UNTUK KOLESTEROL OPTIMA


Phytocol-ST Shaklee

Phytocol-ST terbukti secara klinikal membantu halang kolesterol daripada masuk ke dalam saluran darah..

Dibuat daripada gabungan sterol dan stanol yang wujud secara semulajadi dalam tumbuhan,buahan,sayuran dan bijirin.

Phytocol-ST turunkan kolestrol kerana kelebihannya :-
  • Bekalkan 2,000 mg Fisoterol tumbuhan sehari
  • Bekalkan 100%keperluan harian bagi Fitoserol seperti Yang disyorkan oleh NIH
  • Disahkan Halal.


Omega Guard Shaklee



  

Omega Guard Shaklee bantu serap kolesterol yang sudah memasuki saluran darah. 

Bantu kekalkan profile Lipid yang sihat. 

Profil lipid adalah merangsang bacaan jumlahnya keseluruhannya kolestrol, Kolestrol HDL (Kolestrol Baik), Kolestrol LDL (Kolestrol Jahat) dan trigliserida.

Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur didapati Meningkatkan profil lipid secara POSITIF dengan :

  • Kurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah)
  • Merendahkan risiko penyakit jantung.



KEDUA-DUA OmegaGuard Shaklee dan Phytocol adalah BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA, TERBUKTI SECARA KAJIAN KLINIKAL SERTA TERCATAT DALAM JURNAL ANTARABANGSA, SEMESTINYA ORGANIK. 

Hubungi Syida untuk dapatkannya di kawasan Sungai Petani, Kedah.

Hubungi Syida :-




Saturday, 1 August 2020

Pengalaman ke Cawangan Shaklee Pulau Pinang dan Team BALKIS

Assalamualaikum,
Pada hari Selasa lepas 28hb Julai, Syida dan dua orang ahli keluarga lain ada pergi ke cawangan Shaklee Seberang Jaya, Pulau Pinang. 

Kami jadi "runner" team BALKIS untuk buat pembelian di Shaklee cawangan Pulau Pinang. 

Kami bertolak selepas menunaikan solat Subuh. 

Kenapa pergi awal SANGAT?

Semua orang pakat hairan.

Sebab kami nak dapat nombor awal untuk dapatkan produk Shaklee dengan kuota SID (pengedar  Shaklee).


Shaklee Cawangan Pulau Pinang



 Antara produk yang kami berjaya beli adalah Ostematrix, dan GLA Complex, ResV.






Produk-produk ini di laman web tiada. Jadi kami mengambil inisiatif untuk beli di cawangan Shaklee terdekat. 



Alhamdulillah. 

Kami berusaha sebaik mungkin untuk gembirakan pelanggan kesayangan kami.

- Syida Abdul Rahman





Saturday, 4 April 2020

(Pesanan Khidmat Masyarakat Ringkas) PKP - Perintah Kawalan Berkurung

Hi, Assalamualaikum

Sudah 18 hari rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalah Pergerakan untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19 atau Coronavirus. Virus yang telah menjadi pandemik di seluruh dunia ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dan tindakan oleh seluruh dunia. Seluruh dunia masih mencari vaksin untuk virus jenis ini.

Buat masa ini, kerajaan Malaysia menggalakkan semua disarankan untuk:

1) Kerap berada di rumah dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan. Contoh L hanya seorang sahaja dibenarkan untuk membeli barang keperluan pada satu masa

2) Penjarakan sosial jarak 1 meter antara satu sama lain. 

3) Kerap mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat 

4) Elak menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci

5) mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul

Terima kasih..

20 RESEPI MENARIK ESP SHAKLEE

  Assalamualaikum, selamat pagi. Harini saya nak berkongsi berkenaan dengan resipi ESP. Sebelum saya kongsikan lebih lanjut mengenai ESP, ki...