Bismillahirrahmanirrahim.
"Mulailah perbuatan yang baik dengan Bismillah, agar kebaikan itu sempurna", Hadis riwayat Abu Dawud.
Assalamualaikum. Lama betul Mursyida tak tulis sesuatu dalam blog ini. Ada beberapa peristiwa besar yang berlaku dalam hidup Mursyida sepanjang tidak keberadaan dalam dunia blogging ni.
Antaranya :-
1) Alhamdulillah, bagi ramai yang tak tahu, tanggal 17 Februari 2018, Mursyida telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan. Semoga perkahwinan ini bahagia dunia akhirat. Doakan ya!!
2) Mursyida pun dah selamat tamat pengajian master pada November 2018.
3) Allah makbulkan impian Mursyida untuk merasai pengalaman menjadi seorang pendidik. Banyak Mursyida kena belajar dan bukannya mudah mendidik satu jiwa. Apapun hadapi kerana Allah dan lakukan dengan penuh minat. Mungkin Ada salah dalam mendidik/mengajar, tapi kena sentiasalah muhasabah (lakukan "post-mortem".
Dah nak masuk 2020 (kalendar masihi) dan sekarang dah pun menjengah Bulan rabiulakhir 1441H. Masih belum terlambat kita muhasabah setiap perjalanan kita. Konsep muhasabah yang sangat luas konsepnya.
Ketika muhasabah, apa-apa pun hadapi penuh berserah diri kepada-Nya, sama Ada perkara itu dalam atau luar kawalan hakiki kita. Gitcheww.
"Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya" - Hadis riwayat Bukhari.
"Dan sesiapa yang berserah
diri bulat-bulat kepada Allah sedang ia berusaha
mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada
simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah
kesudahan segala urusan.
", Surah Luqman (Ayat 22).
P/s : touching sket blog kalini. Ibarat jumpa kawan lama. Mengenai post ni, Mursyida bukan baik pun. tapi sebagai peringatan untuk buat kerana Allah.
![]() |
| hehe |


